Friday, 1 July 2016

PM @NajibRazak – Dalam Tempoh 8 Tahun Telah Melakukan Pelbagai Pembangunan…

Najib_Razak_Melancarkan_Laporan_Tahun_2014_GTP_dan_ETP

Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib baru 8 tahun… Pembangunan yabg dilaksana terasa di seluruh negara, bukan sekadar Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan Putrajaya sahaja …
1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.
2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.
3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.
4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik.
5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.
6. LRT 2 siap walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.
7. Pelancaran Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118.
8. Projek Bandar Moden Malaysia iaitu TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.
9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.
10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.
11. BRIM pun rakyat dapat.
12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.
13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.
14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.
15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.
16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.
17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.
18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.
19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.
20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.
21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.
22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.
23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.
24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 200.
25. Perumahan Prima.
26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.
27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan .
28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi
29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dah nak mula pembinaan.

#MNA

Related Posts:

  • Rasuah Lim Guan Eng Didakwa Di Mahkamah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan telah dihadapkan ke Mahkamah pagi tadi. Untuk makluman semasa pemerintahan PH kes ini telah digugurkan oleh peguam negara. Lim Guan Eng … Read More
  • Jika PAS Menyertai PN. Pendirian UMNO Tidak Berubah Selepas viral sebuah artikel berkaitan penyertaan PAS kedalam gabungan Perikatan Nasional yang menimbulkan kegusaran dikalangan ahli UMNO yang sayangkan gabungan Muafakat Nasional, akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, D… Read More
  • MUAFAKAT NASIONAL UNTUK SEMUA - ZAHID HAMIDI Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua. “Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap pe… Read More
  • KEMAS Wujudkan Tabika Untuk Golongan M40 Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memberi jaminan tidak wujud istilah 'pilih kasih' dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan.Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dat… Read More
  • Keadilan Tidak Menyebelahi Jumpa Di Mahkamah Rayuan - Najib Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.‬Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperb… Read More