Monday, 3 August 2020
MUAFAKAT NASIONAL UNTUK SEMUA - ZAHID HAMIDI
By @MNA at 19:00:00
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua.
“Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan.
“Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua,” ciapnya di Twitter yang turut disertakan tanda pagar #MNBangkit.
Status yang sama turut dimuatnaik di Facebook, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga sempat bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen, hari ini.
Manakala Abdul Hadi di dalam status Facebooknya juga memuatnaik pertemuan bersama Ahmad Zahid di lokasi yang sama.
“Banyak perkara dapat dicapai apabila selalu berjumpa,” ujar Ahli Parlimen Marang itu.
Baru-baru ini dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid memaklumkan UMNO membuat keputusan akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN) dan tidak menyertai Perikatan Nasional sekiranya didaftarkan sebagai badan politik.
Katanya yang juga Pengerusi BN, sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu untuk tempoh sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Dalam kenyataan tersebut juga, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN telah menyatakan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional.
Begitu juga dengan pendirian PAS yang bersetuju dengan kenyataan Ahmad Zahid itu dan komited untuk bersama UMNO dalam Muafakat Nasional terutama dalam usaha memperkasa sekaligus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional demi untuk kepentingan negara dan rakyat Malaysia umumnya.
Untuk rekod, pada 14 September tahun lepas, tercatat sejarah yang cukup besar buat rakyat dan negara apabila UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.
Piagam berkenaan ditandatangani oleh Ahmad Zahid Hamidi dan PAS pula diwakili oleh Abdul Hadi sejurus selesai ucapan kedua-duanya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini pada Himpunan Penyatuan Ummah.
Ramuan kerjasama politik tersebut ternyata membuahkan hasil apabila parti yang bernaung di bawah Muafakat Nasional menang di beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sejak tahun lalu bermula di Parlimen Cameron Highlands dan terbaharu di DUN Chini.
Related Posts:
Belum Berperang ... Parti Bunga Dah Berantakan.... Wabak Keluar Parti PPBM & DAP Berpunca Dari Mahathir Amalan politik songsang akhirnya memakan diri kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Antara yang tergolong dalam “maksud” atau terma songsang adalah sep… Read More
Pembangkang Tidak Boleh Buat Simbol Sama Kerana Asas Perjuangan Berbeza Cadangan Mahathir meminta Pakatan Harapan bekerjasama dengan partinya dan membuat sebuah simbol serta nama yang sama mirip Barisan Nasional dianggap lakonan peringkat awal menjelang PRU14 semata mata.Ini dinyatakan sendir… Read More
Nazri Tetap Akan Hadir Ke Debat 25 Mac Ini Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap akan hadir ke majlis perdebatan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed walaupun program itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak po… Read More
Selepas Raja Salman & BR1M, Pembangkang Terpaksa Serang Datin Seri Rosmah Kunjungan Raja Salman membuktikan bahawa semua tuduhan pembangkang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion adalah tidak benar.Sebelum kedatangan Raja Salman, Mahathir menyindir bahawa keh… Read More
Jangan Gadai Masa Depan Negara Dengar Berita Palsu - Najib PEKAN : Rakyat perlu menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mengelak daripada terperangkap dengan agenda menjatuhkan kerajaan. P… Read More