Friday, 7 August 2020

Rasuah Lim Guan Eng Didakwa Di Mahkamah


Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan telah dihadapkan ke Mahkamah pagi tadi. Untuk makluman semasa pemerintahan PH kes ini telah digugurkan oleh peguam negara. 

Lim Guan Eng berdepan dengan pertuduhan dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, didakwa telah meminta suapan bagi dirinya iaitu 10% dari nilai keuntungan sebuah syarikat yang diberikan kontrak pembinaan terowong dasar laut dan jalan-jalan utama.

SKANDAL terbesar 2020 ini menggemparkan seluruh negara apabila perbandingan dilakukan dengan permintaan nilai suapan sebanyak 10%. Kos pembinaan terowong direkodkan dengan harga RM6.3 billion dan jika dihitung mudah 10% daripada RM6.3 billion, nilai tersebut mencecah RM630 juta dan ini bukan angka yang kecil. Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.