Tuesday, 28 July 2020

Keadilan Tidak Menyebelahi Jumpa Di Mahkamah Rayuan - Najib



Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.‬
Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”. Hakim berkata permohonan Najib, ketika itu menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.
Mahkamah juga mendapati pasukan pembelaan bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbicaraan berkaitan SRC International gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.
Najib berkata akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang akan diadili oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan hari ini.