SUNGAI BESAR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap parti yang bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dapat terus mengekalkan kematangan politik semasa berkempen sepertimana dipaparkan pada proses penamaan calon hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kematangan politik itu dapat dilihat berdasarkan suasana tenang dan keharmonian yang ditunjukkan antara penyokong dan calon parti-parti bertanding ketika proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak.
"Kepimpinan ketiga-tiga parti telah dapat bertemu dengan baik, bukan hanya sekadar membicarakan soal-soal politik tapi juga kami (duduk semeja) makan bersama. Suasana ini harus diterjemahkan dalam tempoh kempen.
"Saya merasakan ini bagi menghormati bulan Ramadan (bermula esok). Bagi saya jika perbezaan pendapat dapat diraikan dengan akhlak dan sahsiah terpuji, maka saya fikir terserahlah kepada rakyat untuk memilih siapa (calon) yang terbaik," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian pada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Sungai Besar yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pengurus PRK Sungai Besar Khairuddin Md Som mengesahkan tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukor daripada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, layak bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.
Sementara PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas.
Mereka ialah Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Pengerusi BN turut menasihatkan kepimpinan parti komponen BN untuk mengukuhkan dan merapatkan barisan bagi memastikan kemenangan besar bagi kedua-dua calon BN yang bertanding.
"Untuk jentera (PRK), saya ucapkan terima kasih kepada semua parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti mesra BN. Kita lihat (parti komponen) semangat begitu tinggi dan tidak ada sebarang insiden yang berlaku.
"Kita hendaklah berada dalam satu pasukan untuk hadapi rakyat kerana rakyat yang menjadi hakim untuk menentukan siapakah yang bakal (dipilih) menjadi anggota Parlimen nanti," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata BN akan mengambil pendekatan sederhana, namun akan memastikan mesej kempen disampaikan dengan jelas kepada semua pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai menghormati bulan Ramadan.
Menurutnya, bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang bagi anggota jentera pilihan raya BN yang beragama Islam untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.
"Kumpulan berbeza (parti bertanding) tentunya pendekatan yang berbeza. Tetapi kita yakin pendekatan itu perlu sesuai dengan citarasa tiap-tiap khalayak tumpuan," katanya.
Mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar, Ahmad Zahid berkata: "BN tidak mahu bersikap takabbur ataupun riak dan Insya-Allah kita sentiasa berada di barisan hadapan".
Katanya BN tidak akan mencampuri urusan dan masalah yang dihadapi antara PAS dengan Pakatan Harapan dan hanya memfokuskan menjaga rakyat.
"Kita tak mahu melayani perbezaan begitu. Justeru saya harap rakyat memberikan kepercayaan kepada BN," katanya.
Ditanya mengenai harapan pada PRK Parlimen Sungai Besar, Ahmad Zahid berharap lebih 40,000 pengundi di kawasan itu akan memberi peluang kepada Budiman untuk menjadi wakil mereka kerana beliau adalah calon tempatan yang dikenali dan mengetahui isu dan permasalahan penduduk kawasan itu.
"Saya berharap pengundi di Sungai Besar akan dapat melihat ini bukan dengan emosi tetapi dengan kenyataan daripada rekod cemerlang yang telah diperlihatkan oleh wakil-wakil rakyat terutama Anggota Parlimen BN sebelum ini," katanya.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Noriah mengalahkan calon PAS Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Bebas Datuk Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi..
Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi daripaDa kaum lain.
Parlimen Kuala Kangsar pula mempunyai 32,949 pengundi mengikut daftar pemilih yang didaftarkan SPR sehingga 7 Mei lepas.
--BERNAMA