Monday, 6 June 2016

Tolak Masalah Fokus Kepada Kempen BN Pasti Menang - Hishammuddin Tun Hussin Onn


Jentera BN dinasihatkan agar tidak menimbulkan masalah sepanjang tempoh PRK berlangsung.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, apa yang berlaku dalam parti pembangkang tidak perlu diberikan tumpuan sebaliknya mengukuhkan jentera.
Menurutnya, semua pihak perlu bersungguh-sungguh bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.
“Apa juga masalah yang berlaku terhadap pembangkang itu masalah mereka. Kita berikan tumpuan kepada gerak kerja di pusat-pusat daerah mengundi (PDM) untuk memastikan calon menang.
“Mereka tidak perlu terikut-ikut dengan sentimen atau cerita-cerita tertentu. Tak ada masa untuk bertelagah,” katanya kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Petugas PDM Bukit Chandan, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa pemimpin BN Negeri.