Thursday, 25 July 2019
Penyatuan Ummah Kuburkan Perseteruan Detik Bersejarah UMNO Dan PAS
By @MNA at 17:57:00
DS Ahmad Zahid Hamidi menganggap tarikh 14 September 2019 akan menjadi detik bersejarah apabila UMNO dan PAS akan menandatangani piagam bersama.
Menurut DS Zahid, dengan adanya piagam antara UMNO dan PAS maka perseteruan politik puluhan tahun akan terkubur dan lanskap politik baru ta’awun UMNO-PAS bermula.
“Impian dan harapan seluruh rakyat berdekad lama akan tertunai dengan piagam bersama dan Memorandum Persefahaman UMNO-PAS bakal melakar sejarah baru politik Malaysia,” katanya dalam maklumbalas berhubung hal tersebut.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO-PAS telah mengeluarkan kenyataan bersama yang diwakili oleh Setiausaha Agung parti masing-masing.
Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan yang memaklumkan bahawa kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini.
Kedua-dua parti telah bersetuju untuk mengadakan satu Majlis Menandatangani Piagam pada 14 September depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
Piagam ini akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti dan majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan PAS dari seluruh negara.
– MediaUMNO
Related Posts:
Pas amalkan politik matang dalam isu 1MDB - PM Najib Belum tiba masanya lagi untuk memikirkan mengenai kerjasama politik antara UMNO dan Pas, namun pada masa yang sama politik matang yang ditunjukkan Pas terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihargai.Perdan… Read More
Pemimpin Akar Umbi Jangan Jadi "Tukang Kipas" - TPM Zahid YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegur pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak menjadi ‘tukang kipas’ dengan menyediakan laporan sokongan berstatus yang baik sahaja. Sebalik… Read More
Buka Pemilihan Presiden Kepada Anggota Bukti UMNO Bukan Milik Saya Seorang - PM Najib Langkah membuka pemilihan Presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggotanya pada 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan milik saya seorang berbeza dengan zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,? kata YAB Perdana Mente… Read More
Orang Muda Jangan Pandang Mudah Nikmat Kemerdekaan Negara 31 Ogos 2017, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Tahun ini sudah masuk 60 tahun, kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan tetapi seringkali apa yang dipersoalkan adalah penghayatan masyarakat mengenai pengerti… Read More
PM Najib Bersama Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia PUTRAJAYA - Hujan renyai sejak pukul 7 malam tidak menghalang lebih 10,000 umat Islam berkumpul di Dataran Putra, di sini, untuk bersama-sama Perdana Menteri pada majlis 'Doa untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsa… Read More