By @MNA at 09:44:00

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gerakan 'Deklarasi Mahathir' telah mengumpul 1.27 juta tandatangan, khususnya yang melibatkan tandatangan secara dalam talian.
Presidennya Mustafa Abu Bakar berkata siasatan segera perlu dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap dakwaan gerakan itu yang menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
"Kami mahukan kebenaran dan mahu tahu siapa yang berbohong dalam menyatakan jumlah tandatangan terkumpul itu," katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.
Menurutnya sekretariat Pakatan Harapan telah memaklumkan jumlah tandatangan terkumpul adalah 500,000, manakala pihak Tun Mahathir menyatakan tandatangan telah mencecah angka 1.27 juta.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sebanyak 1.07 juta tandatangan dikumpul melalui atas talian, manakala 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal dan 50,000 lagi direkodkan di laman sesawang alternatif Change.org.
Related Posts:
10 Kali Pembangkang Terkedu Semasa Pembentangan Bajet 2018
Pada pembentangan Bajet 2018, hari Jumaat lepas, pembangkang terkedu, terdiam dan tersungkur terus di Parlimen. Apa lagi pembangkang boleh buat? Bukan tiga kali, pembangkang kena tumbukan “TKO” tetapi sepuluh kali terkena… Read More
Kerajaan Telah Berikan Pendidikan Rendah, Menengah Percuma - Shamsul Anuar
Pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah boleh dikategorikan sebagai percuma kerana kerajaan membiayai kos pendidikan pada kedua-dua peringkat itu, kata Anggota Parlimen Lenggong, Perak, Datu… Read More
Bajet Wayang Guan Eng Di Pulau Pinang
Semalam, Guan Eng membentang bajet untuk negeri Pulau Pinang. Keseluruhannya, bajet yang dibentang Guan Eng itu penuh dengan wayang opera semata mata. Tidak ada langsung peruntukan untuk masalah tanah runtuh, masalah keses… Read More
UNISEL Pun Rugi Berjuta-Juta, Ada Hati Nak Bagi Pendidikan Percuma
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hanya pemimpin retorik. Satu universiti yang dibawah kerajaan negeri pun tidak boleh jaga, ada hati hendak beri pendidikan percuma kepada semua dua puluh universiti awam di Malaysia… Read More
Kehadiran Datuk Seri Najib Di Kedah Disambut Meriah
Suasana di Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah, kira-kira 12km dari bandar ALor star bagai berpesta hari ini apabila mereka dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan sehari ke Kedah.Pemi… Read More