Monday, 1 May 2017
Pelajar Tajaan JPA Diberi Amaran Tarik Biasiswa Jika Kritik Kerajaan
By @MNA at 20:50:00
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu taklimat bertindak serius kali ini, setelah memberi amaran kepada penerima biasiswa jabatan itu bahawa mereka mungkin kehilangan tajaan jika mengkritik kerajaan.
Menurut laporan Sin Chew Daily ia adalah antara enam amaran yang digariskan JPA kepada kira-kira 1,000 pelajar yang mendapat 9A + atau lebih dalam peperiksaan SPM dan menerima biasisiswa jabatan itu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dipetik sebagai berkata, kerajaan berhak membatalkan biasiswa kepada mana-mana penerima sekiranya mereka secara terbuka mengkritik kerajaan.
Tambahnya, kerajaan telah menyediakan dana kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran supaya dapat menimba ilmu dan menjadi profesional, oleh itu adalah tanggungjawab mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.
Selain itu Zainal Rahim berkata kaedah-kaedah penajaan tahun ini kekal sama seperti biasiswa JPA yang lalu.
Pada tahun ini, biasiswa JPA hanya ditawarkan bagi pelajar dalam negara berikutan kekangan kewangan yang dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga minyak.
Related Posts:
Lim Kit Siang Gila Babi ka Mahathir dgn Protun Babi Gila Meroyan Minggu lepas Lim Kit Siang dengan Mahathir kata “Save Malaysia”, turunkan Najib. Sekarang Lim Kit Siang kata “Save Malaysia” mesti bekerjasama dengan Najib. Wahai Mahathir dan penyokong, saya rasa anda tel… Read More
Kalau Ikut Jasa Mahathir ... Firaun Pun Pernah Berjasa KUALA LUMPUR – Seorang pengalisa politik, Dr Aznil Hisham membidas para penyokong Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan tindakan kerajaan ‘memecat’ bekas perdana menteri sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petro… Read More
Pakatan Baharu PAS Matangkan Politik Negara - Zahid Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya U… Read More
Yayasan Kepimpinan Perdana Juga Patut Dikosongkan Mahathir Melainkan geran tanah dan bangunan yang menempatkan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya itu sudah ditukar nama kepada Mahathir, dia perlu mengosokongkan bangunan tersebut seawalnya Isnin nanti. Yayasan itu … Read More
Ku Li Yakin Najib Dapat Selesaikan Kemelut Yang Berlaku Sekarang Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi ketika ini yang dibangkitkan pelbagai pihak. Beliau berkata demikian … Read More