Sunday 13 March 2016

Ku Li Yakin Najib Dapat Selesaikan Kemelut Yang Berlaku Sekarang



Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi ketika ini yang dibangkitkan pelbagai pihak.
Beliau berkata demikian selepas bertermu dengan Najib dua hari lepas bagi membincangan masalah berkenaan.
Menurutnya, Najib berkata beliau mempunyai cadangan dan strategi tersendiri bagi menyelesaikan semuanya.
Tengku Razaleigh berkata, Ahli Parlimen Pekan itu perlu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan untuk meredakan suasana.
“Saya beritahu dekat dia (Najib), kita kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat… Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara.
“Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali,” katanya ketika menghadiri satu program semalam.
Menurut beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li, Parlimen akan membincangkan hasil laporan akhir yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara berkenaan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka.
“Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini.
“Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini,” katanya.
Ku Li sebelum ini dikatakan ada terlibat dalam memulakan gerakan untuk menjatuhkan Najib tetapi ia dikatakan berjaya dipatahkan lebih awal.
Dalam deklarasi yang didahului oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ku Li memilih untuk tidak menyokongnya dan enggan menandatanganinya.
Beliau menganggapnya sebagai satu benda yang mengarut.