Monday, 28 November 2016
Taat Setia Dan Kerja Keras Wanita UMNO Tetap Jitu
By @MNA at 15:12:00
UMNO amat menghargai taat setia dan kerja keras Pergerakan Wanita UMNO yang disifatkan antara faktor yang membolehkan parti itu kekal menerajui kepimpinan negara.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wanita telah menunjukkan kesungguhan dan bekerja keras dalam memenangi hati rakyat dan telah bersama-sama parti mendepani pelbagai cabaran sepanjang perjalanan parti.
"Kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran, melalui onak duri yang rencam dan ujian silih berganti namun atas permuafakatan dan penyatuan yang kukuh dan teguh, kita dapat mengatasi setiap halangan dari dalam mahupun dari luar parti kita sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan presiden yang dimuatkan dalam Buletin Jalinan Rakyat Wanita UMNO yang diedarkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.
Najib yang juga Perdana Menteri berharap Pergerakan Wanita yang diterajui Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sentiasa kukuh bersatu dalam saf perjuangan dan sentiasa beristiqamah dalam meneruskan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perutusannya pula mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat bahagian supaya tetap bersama kepimpinan tertinggi parti seiring dan senada dalam masa susah dan senang bagi menjamin kepentingan anggota juga masyarakat di semua peringkat.
"Kita juga perlu berani merungkai masalah dan menyelesaikannya untuk terus berjaya memimpin dan menerajui UMNO di peringkat mana sekalipun dan insya-Allah kita akan terus menuju kemenangan," katanya.
Beliau juga berharap para pemimpin sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di semua peringkat bahagian dan cawangan sama ada di bandar atau luar bandar akan sentiasa turun padang mendampingi masyarakat, bukan hanya ketika pemimpin tertinggi melawat kawasan masing-masing.
Bagi Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, gerak kerja tersusun dan usaha yang berpaksikan oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita BN adalah resepi kejayaan parti di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Tinggi harapan saya agar momentum kemenangan di PRK tersebut dapat diteruskan melalui gerak kerja intensif yang telah dirancang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang," katanya.
Katanya, selain resepi tersebut semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh parti komponen BN juga menyumbang kejayaan dan berharap semangat tersebut akan berkekalan demi meraih kejayaan lebih besar di PRU-14 nanti.
Ketua Pengarang Buletin Wanita yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Jamelah A. Bakar berkata sayap Wanita akan tetap setia dan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti dan presiden yang dipilih secara demokrasi.-Bernama
Related Posts:
Budak PPBM Yang Baling Selipar Dan Kerusi Kenapa Azmin Mahu Menuduh UMNO Baling Kerusi & Selipar Kerja Budak PPBM Sendiri, Azmin Jangan Hendak Tuduh UMNO -@BB Kalau ada ahli PPBM keluar parti, cepat sangat hendak tuduh UMNO. Kalau ada puak PPBM gaduh sama sendiri, UMNO juga yang dituduh… Read More
Mahathir Bergegas Ke Putrajaya, Mahu Dengar Sendiri Apa Anwar Cakap Mengenai RCI Forex Mahathir khabarnya bergegas ke Putrajaya untuk mendegar sendiri apa Anwar cakap mengenai Skandal RCI Forex. Mahathir dilaporkan dalam perjalanan ke Istana Kehakiman Putrajaya tengahari ini. Ini bermakna Mahath… Read More
Bila Semua Dah Tak Tahu, Pegang Jawatan PM 22 Tahun Untuk Apa!!! Anwar Pernah Cakap Mereka Yang Bagi Kebenaran, Pelik Bila Cakap Tak Tahu. Pelik sungguh, selama ini Mahathir yang selalu marah orang bila cuai dan tidak cekap. Macam mana boleh cakap "tidak tahu" bila hilang RM32 billion… Read More
Kerana Kejar Kuasa, Soal Agama Ditolak Ke Tepi Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad kini menjadi bidak catur kuasa terbaru DAP. Mahathir menggunakan isterinya untuk bersekongkol dengan Ambiga, tokoh pejuang LGBT di Malaysia. … Read More
RCI Skandal Forex : Nor Mohamed Yakcop Mahu Selamatkan Tengkuk Mahathir? Dalam buku bertajuk "Notes to the Prime Minister : The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators" yang ditulis Nor Yackop pada 2011 ada menceritakan ; "Di satu persimpangan, ada satu motorsikal bergerak … Read More