Friday 20 May 2016

#PRK P.093 Sg Besar : Siapakah Yang Bakal Ditentang BN Nanti?

images (7)

Hari Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar hanya tinggal kira-kira 15 hari lagi. Dikalangan parti politik, pelbagai senario dapat dilihat dalam usaha mereka melobi calon-calon yang mereka fikirkan layak untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Bagi UMNO dan Barisan Nasional, pastinya mereka mahu mempertahankan kerusi yang secara tradisinya dimenangi oleh BN sejak sekian lama. Kini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO sedang menyemak dan mengenal pasti calon yang difikirkan sesuai untuk mengharungi detik mencabar itu kelak.

images (6)

Pastinya amanat dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi pegangan apabila mahukan calon yang bukan sahaja boleh menang, tetapi calon yang diterima dan disukai oleh penduduk tempatan harus diberi keutamaan. Inilah kreteria yang ditetapkan oleh UMNO dan BN dalam meletakkan calon yang sesuai di kerusi ini.
Bagi pembangkang pula, sehingga artikel ini ditulis, masih lagi bercakaran antara satu sama lain. Sebelum ini, PAS sudah menyatakan komitmen mereka untuk bertanding di kerusi ini dan keputusan berkenaan adalah muktamad. Walaupun cuba dipujuk Datuk Seri Azmin dan DAP, namun PAS tetap bertegas untuk kekal dengan keputusan mereka.
Menariknya, seteru utama PAS, Parti Amanah Negara juga turut mahu meletakkan calon mereka di kerusi ini. Dikatakan, calon utama bagi PAN adalah Presiden PAN itu sendiri, Mohamad Sabu yang diyakini oleh PAN sebagai calon yang mampu menumbangkan BN dan PAS andai beliau bertanding.
Sekali lagi, watak antagonis dalam rancangan ini pastinya datang daripada Azmin. Azmin dikatakan menolak pencalonan PAN di kerusi ini kerana beliau berpendapat, calon PKR pilihannya lebih layak untuk bertanding. Ini sekaligus mengenepikan sokongan yang dinyatakan oleh Presidennya sendiri, Datin Seri Wan Azizah dan sekutu rapat Wan Azizah, DAP.

download (15)

Bagi mereka, biarlah PAN mengasah taji mereka di gelanggang berkenaan dan Azmin tidak seharusnya masuk campur dalam urusan berkenaan. Namun begitu, sehingga kini, Azmin masih lagi bertegas untuk meletakkan calon mereka di kerusi ini walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak berhubung keputusannya.
Terbaru, DAP juga dikatakan berminat untuk meletakkan calon mereka disini, cuma ianya mungkin menggunakan jalan lain iaitu, meletakkan calok proksi mereka disini. Calon bebas yang mendapat sokongan dari DAP ini dikatakan bakal disokong oleh ADUN Sekinchan yang terletak didalam Parlimen Sungai besar, Ng Suee Lim.
Melihat kepada senario semasa ini, sukar untuk kita melihat pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan dan calon PAS seperti lazimnya. Pastinya akan berlaku sekurang-kurangnya 3 penjuru di sini dan andai menilai semula dari gerakan-gerakan yang dilakukan oleh Azmin dan DAP, besar kemungkinan, pertandingan di Parlimen P093 Sungai Besar melibatkan 5 penjuru, suatu sejarah baru bakal tercipta.