Saturday, 26 November 2016
Kuasai Ilmu Kesihatan Dapat Cegah Penyakit Di Peringkat Awal
By @MNA at 15:34:00
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengingatkan semua untuk lebih perihatin
dan perlu mengambil tahu serta menghayati ilmu kesihatan agar sebarang penyakit boleh dicegah di peringkat awal,
Beliau berkata ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan karut tentang sesuatu penyakit ketika kaedah perawatan moden telah mencapai tahap tertinggi.
Berkongsi pengalaman ketika mengunjungi beberapa pusat autisme sebelum ini, Najib berkata beliau dimaklumkan oleh pengarah pusat berkenaan bahawa ia kurang mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak autisme kerana mereka percaya keadaan anak mereka disebabkan terkena buatan orang atau ilmu hitam.
"Dalam lawatan tersebut saya bertanya berapa ramai yang menggunakan pusat rawatan yang disediakan kerajaan itu dan dimaklumkan ia tidak seperti diharapkan kerana ada ibu bapa percaya keadaan yang dialami anak-anak mereka adalah disebabkan terkena buatan orang.
"Maknanya masih ada dalam kalangan ibu bapa yang mempercayai bahawa sesuatu penyakit itu disebabkan ilmu hitam sehingga mengatasi keyakinan terhadap keupayaan sains dan rawatan moden," katanya ketika berucap merasmikan majlis Sunathon Perdana di Masjid Putra, di sini Sabtu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir pada majlis anjuran bersama Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan 1,250 peserta dalam kalangan anak yatim, asnaf dan keluarga kurang kemampuan.
Perdana menteri berkata kepercayaan karut itu perlu ditinggalkan kerana jika terus dijadikan amalan, ia secara tidak langsung akan mengetepikan kaedah rawatan yang lebih terjamin.
Mengenai program Sunathon Perdana, Najib berkata ia satu pendekatan terbaik apabila pihak swasta seperti PERDIM tampil memberikan khidmat secara percuma dalam membantu golongan yang memerlukan.
"Kerjasama tersebut menyaksikan pihak PERDIM menampilkan kaedah bersunat terkini dengan cara 'clamp dan laser', berbanding cara konvensional menggunakan "tok mudim", sekali gus mengurangkan rasa takut atau sakit kepada kanak-kanak yang melaluinya.
"Saya anggap usaha kerajaan dan doktor Islam ini adalah satu lagi kaedah yang sangat baik kerana memberikan khidmat kesihatan yang tidak mampu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.
Najib juga menzahirkan kekaguman beliau dengan program itu kerana selain nama sunathon, bilangan peserta melebihi 1,000 orang juga adalah luar biasa dan layak dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
"Saya sudah biasa merasmikan jogathon, walkathon dan pelbagai acara seumpama ini, namun program sunathon ini saya anggap lebih menarik dan boleh jadi sejarah baharu yang layak disenarai dalam MBOR," katanya.
-- BERNAMA
Related Posts:
Susu Jenama "Farm Fresh" Dahulunya 100% Milik Malaysia. - Najib Razak Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini dimulakan pada tahun 2007 oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan untuk menterajui industri tenusu kita. Tidak lama kemudian, … Read More
Menteri Sudah Tak Sayang Mulut Memfitnah Demi Pertahan Parti -Najib Razak Menteri ini agak jahat. Hanya kerana ingin pertahankan kes jual lembu untuk beli laptop mereka, dia sanggup berfitnah. Dia tuduh UMNO dapat duit RM2 bilion baru-baru ini selepas menjual saham mereka dalam 4 syarikat. Dia … Read More
Othman Wok Bantu PAP Berjaya Perintah Singapura. Siapakah Mirip Othman Wok di Malaysia? Mari ulangkaji sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia. Othman Wok salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan Singapura keluar dari Mala… Read More
10 % Kutipan Tabung Jumaat Perlu Serah Kepada Tabung Wakaf Negeri - Najib Razak Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengarahkan masjid di seluruh negeri untuk menyerahkan sebanyak 10% kutipan tabung Jumaat setiap bulan kepada tabung wakaf kerajaan negeri. Ini tidak patut. Hasil pendapatan utama kebanyakk… Read More
DAP Bantah RUU Pendaftaran Pemelukkan Agama Islam Oleh Mualaf DAP Kian Bertaring- Belum pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP , kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Ag… Read More