Thursday, 8 August 2019
10 % Kutipan Tabung Jumaat Perlu Serah Kepada Tabung Wakaf Negeri - Najib Razak
By @MNA at 22:15:00
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengarahkan masjid di seluruh negeri untuk menyerahkan sebanyak 10% kutipan tabung Jumaat setiap bulan kepada tabung wakaf kerajaan negeri.
Ini tidak patut.
Hasil pendapatan utama kebanyakkan masjid adalah melalui kutipan sumbangan orang ramai.
Sumbangan ini digunakan untuk bayaran operasi, kos penyelenggaraan dan pembaikan masjid, bayaran saguhati imam tambahan atau bilal tambahan, program-program anjuran masjid dan bantuan untuk mereka yang amat memerlukan.
Kutipan itupun kadang-kala tak cukup untuk kegunaan Masjid.
Derma untuk Masjid, biarkan Masjid yang tentukan jika dan berapa banyak yang mereka mahu sumbang kepada Tabung Wakaf negeri.
Jangan dibuat potongan mandatori.
Kenapa kerajaan negeri boleh senang-senang angkat RM10 bilion dari kerajaan pusat untuk projek-projek kroni mahal giler seperti lebuhraya PIL yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5km (RM460 juta setiap km)?
Tapi Masjid-masjid diarahkan untuk menyerah 10% kutipan tabung Jumaat mereka kepada kerajaan Negeri pula?
Kerajaan pusat PH jual aset negara kini dan kanan dan meminjam purata RM10 bilion setiap bulan.
Kalau tak cukup dana untuk Tabung wakaf kerajaan negeri., kenapa tak minta sumbangan dari kerajaan pusat?
Ini maklumbalas MAINPP:
"Bagaimanapun, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, sumbangan kepada tabung wakaf itu mempunyai agenda dan matlamat yang besar ke arah pembangunan serta kesejahteraan umat Islam di negeri ini."
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/jangan-manipulasi-sensasikan-penubuhan-tabung-wakaf-masjid-1.951778
Najib Razak
Related Posts:
Kekuatan Akar Umbi Tunjang Kehebatan Pemimpin Parti Kehebatan pemimpin UMNO bukan datang daripada diri mereka semata-mata sebaliknya datang daripada sokongan anggota peringkat akar umbi parti, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sehubung… Read More
Dr Mahathir Terdesak, Cuba Tumpang Kasih Anwar Dan Pakatan Pembangkang KUALA LUMPUR - Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah sebagai tanda memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang sedang dihadapi bekas perd… Read More
Berhati-hati Pulang Ke Kampung Bersempena Aidiladha – Najib KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman bersempena cuti Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini. Perdana menteri turut me… Read More
UMNO, BN Perlu Berhenti Bersikap Defensif Di Media Sosial - TPM KUALA NERANG: Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan ofensif dalam media sosial supaya rakyat tidak terkeliru … Read More
#VIDEO : Hasrat Mahathir Satukan Parti Pembangkang Tidak Akan Kesampaian - Zahid BAGAN DATOH : Hasrat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatukan semua parti pembangkang bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan kesampaian. Menurut Na… Read More