Thursday, 8 August 2019
Susu Jenama "Farm Fresh" Dahulunya 100% Milik Malaysia. - Najib Razak
By @MNA at 11:30:00
Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini dimulakan pada tahun 2007 oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan untuk menterajui industri tenusu kita.
Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.
Syarikat itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu import.
Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan BN dahulu.
Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.
Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.
Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.
https://www.hmetro.com.my/node/218708
Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" telah berjaya menguasai sehingga 30% dari pasaran susu tempatan.
Tapi malangnya selepas PRU14, entah kenapa Khazanah tidak ingin terus menyokong projek ini.
Sebaliknya, peluang dibuka kepada syarikat pelaburan Singapura Dymon Asia Private Equity untuk melabur di dalam Syarikat Holstein pada bulan September lalu.
https://www.reuters.com/brandfeatures/venture-capital/article?id=49794
Dengan ini, peratus kepentingan saham Khazanah dalam syarikat ini akan turun.
Kepada saya, perkara ini tidak patut berlaku.
Projek ini diwujudkan untuk mengurangkan kebergantungan negara untuk kepada negara asing untuk hasil tenusu.
Tetapi PH membenarkan syarikat asing untuk membeli syarikat tersebut pulak.
Khazanah bukan tak ada wang untuk menambahkan pelaburan mereka di dalam syarikat itu.
Kenapa nak beri peluang kepada syarikat Singapura pula?
Najib Razak
Related Posts:
Legasi Mabuk Kuasa Mahathir (Part 4) Kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat bukan satu permulaan yang baik. Program yang dirancang pada 27 Mac 2016, dianjurkan oleh Zaid Ibrahim akan menjadi tamparan hebat buat Mahathir. Mahathir perlu belajar memaham… Read More
Lim Guan Eng, Antara Bebal, Tidak Tahu Dan Pembohong Di dalam Dewan Rakyat semalam, tercetus kekecohan selama hampir 40 minit di antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Haji Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng … Read More
“Pertemuan Terbaik Antara Saya Dengan PM” – Nik Abduh Jika ada yang ‘sakit mata’ melihat kemesraan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Masjid Wilayah Persekutuan Ahad malam… Ahli parlimen Pasir Mas itu ada jawap… Read More
DAP Adakan Mesyuarat Tergempar Malam Ini Berkaitan Isu Banglo Lim Guan Eng PETALING JAYA – DAP Pulau Pinang akan mengadakan satu mesyuarat tergempar malam ini berhubung krisis pembelian banglo melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Semua ahli Parlimen dan wakil rakyat DAP serta ahli jawatankua… Read More
Ancaman Pengganas: Sekarang Bukan Masa Kita Tunggu Dan Lihat – KPN KUALA LUMPUR – Bukit Aman terus berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya ancaman pengganas dan Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman akan diperluaskan bagi menangani ancaman yang semakin meningkat. Beri… Read More