Monday, 5 August 2019
Akibat Melampau Meminjam Negara Sendiri Bagai Digadai!!
By @MNA at 21:48:00
Akhirnya Fuziah memberi alasan kenapa Lynas diteruskan dan dibenarkan untuk simpan sisa buangan mereka di Malaysia buat selama-lamanya.
Alasan dia ialah kerana Bon Samurai.
Dia kata kerajaan dahulu terlalu banyak hutang.
Oleh itu, kerajaan PH terpaksa meminjam Bon Samurai sebanyak RM7.3 bilion awal tahun ini.
Kerana itu, negara kita sekarang dipaksa dan dikuasai oleh Jepun yang tidak ingin Lynas dihentikan untuk mengelakkan industri pembuatan di Jepun lumpuh.
Seolah-olah negara kita telah dijual kepada Jepun dan kini kita menjadi tanah jajahan Jepun sekali lagi.
Ini alasan sangat mengarut.
Pertama, tiada siapa yang paksa Malaysia meminjam dari Jepun.
Selama ini, kerajaan BN masa saya PM tidak pernah pinjam dari Jepun.
Dulu masa PM ke-4, kita banyak pinjam dari Jepun sehingga hutang asing kita melambung apabila nilai Yen naik berkali ganda.
Tapi kerajaan BN masa saya sudah melunaskan kebanyakan hutang ini,
Kedua. Hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion pada akhir 2017 masa BN kepada RM807 bilion sekarang.
Hampir seluruh kenaikan RM120 bilion ini adalah dari sumber pinjaman domestik dalam Ringgit Malaysia.
Tiap-tiap bulan PH meminjam sekitar RM10 bilion.
Dengan itu, hutang negara bertambah sekitar RM10 bilion tiap-tiap bulan.
Bulan Julai, PH pinjam RM10.5 bilion. Bulan Jun pinjam RM8 bilion. Bulan Mei pinjam RM12 bilion.
Bermakna ianya tidak ada masalah untuk PH meminjam dari sumber domestik.
Jangan lupa bahawa kerajaan BN juga meninggalkan rizab tunai sebanyak RM170 bilion dalam Petronas sehingga PH menjarah RM82 bilion.
Kalau boleh pinjam RM120 bilion dari sumber domestik dan jarah RM82 bilion dari Petronas, kenapa pula PH perlu pinjam RM7.3 bilion dari Jepun?
Tapi, apa yang Fuziah tak sebut ialah kerajaan PH telah menerima bayaran RM175 juta dari Lynas baru-baru ini.
Oleh itu, lesen Lynas dilanjutkan dan Lynas mungkin dibenarkan untuk buang sisa-sisa mereka ke dalam bekas kolam lombong.
Kenapa tak sebut duit Lynas sudah masuk?
Najib Razak
Related Posts:
Kamera AES Pantau Keselamatan Penguna Jalan Raya Dan Didik Penguna Lebih Berhati-Hati Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di beberapa lokasi terpilih sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT2) dijangka mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pengguna lebuh raya itu. Pengerusi Ja… Read More
Kempen Mega My Daftar Bukti Kerajaan Tidak Pilih Kasih Bantu Rakyat Kempen Mega MyDaftar yang bertujuan membantu kaum India yang tidak mempunyai MyKad menunjukkan sikap telus dan ikhlas kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu mereka yang mempunyai masalah berhubung status kerakyatan ata… Read More
TN50: Najib Pelawa Rakyat Malaysia Kongsi Aspirasi Agama, Rohani Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan Transformasi Nasional 2050, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa rakyat Malaysia berkongsi aspirasi dari aspek… Read More
#Video : Malaysia Perlu Sedia Hadapi Cabaran Baharu Geopolitik - Najib Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia bagi membolehkan sebarang langkah dan keputusan yang diambil menepati kepentingan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak… Read More
Wan Azizah Malu Besar Arahan Letak Jawatan Tidak DiLayan - PKR Kredibiliti Dr Wan Azizah PKR tercalar dan tahap kepimpinan beliau juga menjadi persoalan besar rakyat. Berikutan beberapa kronologi yang bikin imej Wan Azizah tercalar Pada 11 Mei 2017 - Majlis Syura Ulama … Read More