Tuesday, 1 November 2016

40 Ribu Tan Minyak Masak Hilang Diseludup Setiap Bulan


Kepentingan rakyat amat di utamakan jesteru itu kerajaan Malaysia tetap memperuntukan subsidi kepada minyak sawit walaupun kini ia berharga RM 3000 per tan dipasaran. Ini membuktikan kerajaan masih lagi prihatin terhadap golongan bawahan.

Walaupun begitu, kerajaan hanya memfokuskan pemberian subsidi bagi mengekalkan harga minyak masak dalam paket 1kg sahaja yang kebiasannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah.

Ada yang mempersoalkan, mengapa kerajaan tak memberikan subsidi seperti dahulu? Sebelum ini harga minyak sawit ialah RM 2200 bagi setiap sati tan, dan kini meningkat hampir 50 peratus di pasaran dunia.

Untuk menampung kos kenaikan ini, minyak masak yang dijual dalam botol dan dengan kuantiti yang banyak tidak lagi disubsidi oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran.

Apa yang rakyat perlu faham, terdapat 23 syarikat yang memonopoli pasaran minyak masak didalam negara. Dari jumlah berkenaan, hanya Felda dan Sime Darby sahaja yang milik bumiputera.

Kajian telah menunjukkan bahawa 30 juta rakyat malaysia hanya menggunakan 45,000 tan minyak masak sebulan. Malangnya, ada yang mengaut banyak keuntungan dengan menjual minyak masak secara haram.

Kerajaan pula terpaksa menanggung subsidi sehingga 85,000 tan sebulan. Kemana perginya lagi 40,000 tan minyak masak? Siapa yang pakai? Dan ianya di seludup kemana?

Oleh itu, selagi ada subsidi yang diberikan oleh kerajaan, selagi itulah syarikat yang tertentu akan kaya raya dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan mudah disamping menelan duit pembayar cukai.

Maka subsidi pukal yg selama ini hanya dinikmati oleh si kaya dan diseludup keluar oleh penyangak minyak, kini hanya diagihkan dengan lebih mensasar kepada golongan yang sewajarnya menerima subsidi.

Sebab itulah hanya minyak masak dalam paket 1kg sahaja yang diberikan subsidi. Jika masih berlaku ketirisan dan penyelewengan, mungkin tiada lagi subsidi akan diberikan di masa hadapan.

Related Posts:

  • Hormati keputusan Peguam Negara – UMNO Johor JOHOR BAHRU – Badan Perhubungan UMNO Johor menerima keputusan Peguam Negaraberhubung siasatan terhadap Perdana Menteri dan berharap keputusan tersebut akan dihormati semua pihak. Pengerusi Badan Perhubungan UM… Read More
  • Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta Cinta Akan Membuat Anda Terus HidupSudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?Mengikut pakar-… Read More
  • Yayasan Terengganu Tetap Hantar Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara Yayasan Terengganu tetap akan mempertimbangkan permohonan untuk sambung belajar di luar negara dengan teliti dan mana-mana pelajar yang cemerlang di negeri ini. Pengarah Yayasan Terengganu Mohamad Sulong berkata , mere… Read More
  • Najib Mahu Semua Pihak Bertahan Keadaan Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak untuk memahami keadaan sekarang berkaitan ekonomi dan bertahan kerana negara ini pernah mengalami keadaan yang lebih buruk pada masa dahulu. Beliau berkata keraj… Read More
  • ASMA AL-HUSNA Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang Yang Maha Menguasai Yang Maha Suci Yang Memberi Keamanan Maha Pengaman Yang Maha Pelindung Maha Mulia/Perkasa Maha Pemaksa Yang Memiliki Keag… Read More