Sunday 7 February 2016

Yayasan Terengganu Tetap Hantar Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara


image

Yayasan Terengganu tetap akan mempertimbangkan permohonan untuk sambung belajar di luar negara dengan teliti dan mana-mana pelajar yang cemerlang di negeri ini.
Pengarah Yayasan Terengganu Mohamad Sulong berkata , mereka akan tetap meletakkan keutamaan pendidikan sebagai teras dan asas penubuhan Yayasan Terengganu serta selaras dengan prinsip ke lapan yang dibawa Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu Memperkasa Pendidikan.
“YT tetap menyokong transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri dan juga seluruh kepimpinan negeri ini”
” Namun dalam keadaan pendapatan kerajaan negeri yang berkurangan tahun ini , YT akan tetap mendapat keutamaan dalam bajet 2016 untuk menyelaras pelajar-pelajar cemerlang untuk sambung pengajian di dalam dan luar Negara”
”Kita akan gunakan peruntukkan sebaik mungkin bagi memastikan kebajikan kepada anak-anak terengganu yang melanjutkan pelajaran ke university”, katanya ketika dihubungi Terengganu Times.
Selain itu, beliau juga memaklumkan , walaupun situasi kewangan kerajaan negeri ditahap yang tidak mengizinkan, YT masih mempertimbangkan mengikut kesesuain kursus serta pencapaian akademik sekolah, keterampilan dan akhlak pelajar yang memohon itu.
“YT bukan terus memberhentikan penghantaran pelajar keluar Negara tetapi YT mengambil pandangan dan situasi ekonomi negeri, negara dan dunia yang kurang memuaskan membuat YT tawakuf sementara sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya”
“Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia turut dirasai kerajaan negeri Terengganu kerana ianya adalah salah satu punca pendapatan kerajaan negeri ini”, ujurnya.

– Terengganu Times