Sememangnya ada serba tidak kena di balik kelambu parti PPBM. Sehinggakan Khairuddin memgambil tindakan drastik keluar dari parti tersebut. Inilah parti yang terbina atas dasar perjuangan hak sendiri, marah dan hajat untuk membalas dendam kelam- kabut dan serabut senibinanya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu menahu tindakan orang kuatnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sebaliknya, ketika diajukan pertanyaan itu, beliau berkata, (berita) itu cerita lama.
Bagaimanapun, setelah diberitahu wartawan, keputusan itu dibuat Khairuddin semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak tahu dan tidak dengar lagi.
“Saya tak taulah, saya tak dengar lagi…” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku berjudul “Stealth: The New War Machine dan From Beirut to Jerusalem” di Yayasan Keamanan Sedunia Perdana di sini, hari ini.
Semalam Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan mengambil keputusan menarik diri dari PPBM dengan alasan mahu memberi tumpuah kepada beberapa kes mahkamah yang dihadapinya.
Beliau dilaporkan berkata, perbicaraan kesnya itu dianggap penting untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku beberapa institusi kerajaan.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM berkata, beliau akan bercakap dengan Khairuddin sendiri.