Friday, 14 July 2017
Dana Untuk Setiap Negeri, Termasuk Negeri Pembangkang - Najib
By @MNA at 21:47:00
Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri setiap tahun, termasuk negeri diperintah pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata dana itu diberi mengikut bilangan penduduk, penyelenggaraan jalan raya negeri, pemberian tahunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemberian kerana kekurangan akaun mengurus serta keperluan lain.
"Malah jumlah pemberian ini meningkat setiap tahun. Pada tahun 2015, jumlah pemberian kepada seluruh negeri adalah sebanyak RM6.74 bilion," katanya Najib menerusi ucapan audio di laman blognya www.najibrazak.com hari ini.
Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sering mengutarakan isu yang dikitar semula termasuk menuduh kerajaan pusat mengabaikan negeri pembangkang iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, walaupun kerajaan telah berkali-kali menjawabnya.
"Malah baru-baru ini, bekas Menteri Besar Kedah menuduh kerajaan pusat mengabaikan Kedah sedangkan ia tidak benar sama sekali," katanya.
Najib menjelaskan daripada tahun 2011 hingga 2015, Kelantan menerima kira-kira RM1.94 bilion, termasuk peruntukan RM378.85 juta disebabkan kekurangan akaun mengurus, diikuti Pulau Pinang yang menerima RM950.44 juta untuk tempoh sama.
Katanya Selangor pula menerima RM3.63 bilion termasuk pemberian khas sebanyak RM25.81 juta setiap tahun.
Najib menjelaskan jumlah itu tidak termasuk projek kerajaan Persekutuan yang bernilai berbilion-bilion ringgit di negeri-negeri tersebut seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya, rumah mampu milik, projek perumahan rakyat, pejabat polis dan projek lain.
Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang berhenti melemparkan tuduhan kepada kerajaan tanpa sebarang bukti.
"Kerajaan sedih pembangkang tidak menceritakan perkara sebenar, malah menuduh kerajaan zalim dan mengabaikan negeri pembangkang. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia tidak kira di negeri pembangkang atau negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional," katanya.
Related Posts:
Khairudin Pilih Sertai DAP Selepas Patah Hati Dengan Parti Bersatu ORANG kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan bakal menyertai DAP? Menurut sumber dalaman DAP, terdapat ura-ura mengatakan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bakal menyertai DAP dalam … Read More
Rakyat Dapat BR1M Dihina, Anak Dapat RM 700 Juta Didiamkan. Wartawan Malaysiakini melaporkan bahawa Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah salah di sisi undang undang dan agama, memberi maksud bahawa menerima BR1M seperti menerima… Read More
Ringgit Dijangka Melonjak Semula Ringgit dijangka melantun semula daripada paras rendah 19 tahun disokong langkah kerajaan untuk memacu permintaan ke atas mata wang tempatan itu, demikian menurut pemain sektor perbankan dan jawatankuasa pasaran kewangan b… Read More
Hubungan Dengan China Bukan Ancaman, Ia Hubungan Dagang Progresif - Penganalisis Keupayaan Malaysia mendapatkan sebanyak mungkin pelaburan langsung asing (FDI) dari negara China ketika iklim ekonomi yang tidak menentu, sepatutnya dilihat sebagai manifestasi hubungan dagang yang progresif antara kedua-du… Read More
Sistem Blok Hasilkan Pendapatan Lumayan Para Peneroka Felda Kenaikan harga buah sawit mencecah sehingga RM819 satu tan metrik sejak beberapa hari lalu memberikan pulangan lumayan kepada peneroka Felda yang dikembalikan kepada sistem blok. Sistem yang membuat perkiraan hutang k… Read More