Beberapa hari lepas, kumpulan anti-Najib bermenyebarkan khabar angin kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk ke luar negara selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mahu menyita aset yang kononnya milik syarikat 1MDB.
Namun berita-berita di dada akhbar dan media sosial menunjukkan sebaliknya, malah Perdana Menteri kini berada di Jakarta bagi menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-12.
Beliau juga telah bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk menyelesaikan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia mengenai Laut Sulawesi, yang telah berlarutan selama 10 tahun.
Selain fitnah mengenai Najib, golongan terbabit turut membuat cerita bahawa anak tiri beliau, Riza Aziz telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat untuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport diplomatik kerana bimbang ditahan.
Itu juga fitnah. Tak habis-habis nampaknya golongan berkenaan memfitnah Najib. Dulu mereka menyatakan Najib akan ditangkap jika ke luar negara. Kemudian mereka menyatakan Malaysia akan muflis.
Banyak fitnah yang boleh disenaraikan di sini yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan namun semuanya tidak benar. Mereka suka menyebarkan khabar angin yang tidak baik dan diputar belit.
Sampai bila agaknya mereka akan bersandarkan kepada fitnah untuk tujuan menarik sokongan dan membuatkan rakyat membenci Najib.?