Tuesday, 20 June 2017

MalaysiaKini Perlu Buktikan Kesahihan Bukan Hanya Menulis Tong Sampah.


Malaysiakini Perlu Buktikan Rosmah Terima Hadiah Sebentuk Berlian Bernilai RM116 juta Sebagai Hadiah

Portal pro pembangkang Malaysiakini dilihat cuba memberi gambaran persepsi jahat bahawa  Datin Seri Rosmah Mansor kononnya menerima hadiah sebentuk berlian 22-karat yang dikatakan berharga AS$27.3 juta (RM116 juta) sebagai hadiah dari Low Taek Jho.

18 Jun 2017, jam 6.02 petang, Malaysiakini membuat tuduhan itu dengan mendakwa Jho Low membeli berlian itu dari dana 1MDB yang kononnya dicuri. Malaysiakini masih belum dapat membuktikan tuduhan ini. Dakwaan tidak berasas ini akan jadi seperti cerita fitnah cincin RM24 juta.

9 Disember 2014, Rafizi menuduh Rosmah membeli cincin RM24 juta dalam Keadilan Daily. "Saya akan pertahankan kenyataan saya itu" kata Rafizi. Namun pada 5 Jun 2015, bila diminta pertahankan diri dalam mahkamah, Rafizi kata "saya hanya buat lawak sahaja pasal cincin itu".

Lepas buat fitnah, kemudian cakap sengaja buat lawak sahaja. Tindakan Rafizi dan pembangkang ini jelas sekali tidak bertanggungjawab dan jahat.

Dalam sebuah wawancara pada 5 April 2013, Pengarah Barangan Kemas Jacob & Co, Philip Nassimi berkata, cincin 30.11 karat itu sebenarnya dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.

Video turut dimuat naik di youtube bagi menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Rosmah membeli cincin bernilai RM24 juta. Barangan yang dinilaikan pada harga US$8 juta itu dihantar pada 15 April 2011 ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan tujuan untuk pemeriksaan sahaja dan barangan yang sama kemudiannya dibawa semula ke Amerika Syarikat pada 16 Mei 2011.

Dokumen dari pihak Kastam Amerika dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri membuktikan bahawa barangan itu dibawa masuk semula ke Amerika dan tidak dijual.

Mahathir pun cakap dalam Malaysiakini pada 19 Jun 2017 mengenai cincin ini, katanya ;

"Di Malaysia dari dulu kita dengar cerita berlian RM25 juta itu. Sampai sekarang ini semua orang percaya" kata Mahathir. Sebenarnya, Mahathir sudah kena tipu dengan Rafizi pasal cincin RM25 juta ini.

Hal cincin ini sudah dibawa ke mahkamah dan Rafizi sudah akui hanya "buat lawak". Oleh itu, Mahathir hendak bukti apa lagi? Sejak masuk pembangkang ini, dengan Rafizi pun Mahathir boleh kena tipu. Lekeh sungguh Mahathir.

Kini Malaysiakini bersama pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berganding bahu memainkan fitnah jahat terhadap Datin Seri Rosmah ini dengan bantuan  kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Dalam kenyataan DoJ setebal 251 halaman itu, tidak ada satu perkataan pun menyebut nama Rosmah ataupun Najib. Namun Malaysiakini bertungkus lumus berusaha sedaya upaya memandu cerita agar ianya memberi gambaran bahawa Rosmah terlibat dalam isu tersebut.

Gambar berlian yang disiar dalam artikel fitnah Malaysiakini itu pun adalah gambar berlian yang diambil dalam carian Google, bukannya gambar sebenar.

Jika ada resit, transaksi dan gambar berlian sebenar bawalah sebagai bukti. DoJ hanya keluar kenyataan media sahaja, sudah setahun berlalu apa yang didakwa DoJ itu tidak bawa pun untuk pengadilan di mahkamah. Hanya tinggal sebagai tuduhan dan belum dibuktikan dengan saksi dan bukti yang cukup.

DoJ hanya mengaitkan secara tidak langsung istilah MO1 dengan individu-individu yang berurusniaga dengan syarikat 1MDB. DoJ tidak berani menyaman Najib atau Rosmah kerana mereka sendiri tahu kedua-duanya tidak terlibat. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan selamat dengan mencipta istilah MO1. Presiden Trump sendiri banyak bertentangan dengan DoJ seperti dalam isu hubungan sulit dengan Rusia dan isu kempen Presiden 2016 .

Tiada wang dari 1MDB yang diselewengkan. Ahli Parlimen DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang turut berada dalam PAC mempersoalkan mengapa media pembangkang membuat provokasi agar Perdana Menteri disiasat sedangkan tidak ada bukti-bukti yang Perdana Menteri terlibat.

Pelbagai agensi telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB, ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang sendiri. Dalam laporan jawatankuasa tersebut tidak tertulis sebarang penglibatan mana-mana individu yang disebut dalam saman DOJ tersebut.

Kenapa masa itu Tony Pua tidak berikan bukti mengenai berlian RM116 juta ini untuk disiasat? Sekarang bila pembangkang kering isu menyerang Dato Seri Najib, datanglah pula cerita baru tentang berlian RM116 juta.

Jika ada bukti, maka DoJ patut hubungi pihak Peguam Negara, PDRM, SPRM dan PAC untuk melakukan siasatan terperinci secara adil dan saksama. Jika tidak, apa yang Malaysiakini tulis mengenai berlian ini hanyalah persepsi jahat semata mata, tanpa ada sebarang bukti kukuh. Hanya mereka cipta carta alir dan grafik rekaan sahaja.

Sudah setahun, cerita DoJ diulang semula oleh pembangkang. Kalau benarlah Jho Low itu sudah bersalah, dah lama FBI dan CIA tangkap dia di Amerika Syarikat. Sudah lama kena dakwa di mahkamah Amerika Syarikat. Namun kenapa Jho Low bebas keluar masuk Amerika Syarikat sekarang?

Kerana apa yang DoJ dakwa itu hanya kenyataan sahaja, bukannya saman dan belum pun dibawa ke mahkamah. Oleh itu, yang sibuk sangat Mahathir dan Malaysiakini hendak menghukum kenapa?

Guan Eng yang sudah masuk mahkamah kerana kes rasuah tidak pula dihukum sebagai pesalah selagi kes belum habis dibicarakan. Malaysiakini kena buktikan berlian RM116 juta itu adalah hadiah terlebih dahulu. Jika tidak apa yang Malaysikini tuduh itu hanyalah sekadar "satu lawak" Rafizi sahaja.


Tulisan :
Beruang Biru
BB475, Selasa
20 Jun 2017