Friday, 5 August 2016

Pakar Ekonomi Britain Saran Contohi Pemberian Dedak BR1M Di Malaysia



Pakar Ekonomi Britain Saran Contohi Pemberian Dedak BR1M Di Malaysia
Di awal perlaksanaannya, ramai pihak yang mempertikai BR1M dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Najib Razak termasuklah kononnya BR1M itu adalah rasuah.
Ingin penulis merakamkan rasa kasihan apabila kebodohan mereka telah menjadi perhatian ramai kerana bantuan yang hampir sama juga dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir atas alasan “kebajikan”, waima dengan jumlah yang jauh lebih kecil berbanding BR1M.
Tidak perlulah kita nafikan bahawa ramai di kalangan pembangkang sendiri dengan rela hati membuat permohonan bantuan tersebut.
Umumnya, ramai pengalisis ekonomi (bukan politik) bersetuju dengan pemberian BR1M, iaitu mewujudkan kesan positif berganda kepada rakyat dan negara yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah meningkatkan perbelanjaan masing-masing sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi.
Pengarah dan Ketua Serantau Pasaran Modal Ekuiti RHB Investment Bank, Gan Kim Choon sebelum ini pernah berkata, perbelanjaan rakyat amat membantu dalam memacu ekonomi kerana langkah itu menjana pertumbuhan perniagaan domestik. Malah katanya, BR1M dapat merangsang ekonomi dalam jangka masa panjang.
Menurut portal berita TheGuardian, 35 pakar ekonomi di Britain sepakat dengan idea yang sama, bahawa menyediakan wang secara langsung kepada isi rumah akan menjadi dasar yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak, BR1M telah diperkenalkan pada 2012, bukan sahaja sebagai cara untuk membantu rakyat, tetapi juga untuk merangsang ekonomi negara dengan perbelanjaan hasil dari pemberian BR1M. Ia juga bertindak sebagai pelopor agenda memulangkan lebihan pendapatan negara kepada rakyat, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Mereka baru terfikir, kita sudah melaksana!

Related Posts:

  • Majlis Perundingan Islam Mesti Berperanan Sebagai “Think Tank” PUTRAJAYA 11 FEBRUARY 2016. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalam bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din selepas Mesyuarat Induk Majlis Perundangan Islam (MPI) di Pusat Konvensyen Antarab… Read More
  • Kes jenayah siber cecah 10,000 setahun KUALA LUMPUR - Ancaman terhadap jenayah siber dijangkakan akan terus meningkat selepas kira-kira 10,000 kes telah dilaporkan pada setiap tahun melibatkan kesalahan jenayah siber dengan pelbagai jenis kesalahan. Ketua Pe… Read More
  • 2 parah, 2 cedera ringan akibat letupan mercun buatan sendiri NIBONG TEBAL – Dua remaja parah manakala dua lagi cedera ringan pada bahagian tangan dan muka akibat letupan ketika cuba menghasilkan mercun buatan sendiri. Dalam kejadian di Taman Terkukur Indah, di sini awal pagi… Read More
  • Cadang Cuti Khas Bergaji Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang (tengah) turut serta beramah mesra dengan pengunjung pada Program Jelajah AADK sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2016. Ku… Read More
  • KETUA PENERANGAN MALAYSIA DI NEGERI PERAKPada 12/2/2016, jam 8.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Kediaman YAB Menteri Besar Perak..suatu majlis perjumpaan bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia YB Tan Sri Datuk Seri Annuar B Musa. Majlis dihadiri oleh Menteri B… Read More