Monday, 22 August 2016

Muhyidin Kata Pembangkang Perlu Beri Kerusi Pada "Parti Yang Boleh Menang"?

Muhyiddin, Lim Kit Siang & Mukhriz

PETALING JAYA – Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prinsip pembahagian kerusi antara parti pembangkang mesti bersandarkan kepada parti yang mempunyai peluang kemenangan besar di sesebuah kawasan.

Katanya, perkara yang paling penting adalah memperoleh kemenangan dan sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk menang perlu diberikan peluang.

“Yang penting prinsipnya ialah peluang untuk memperoleh kemenangan.

“Sesiapa sahaja yang boleh meraih kemenangan dan parti itu boleh menunjukkan dia benar-benar meraih sokongan sebahagian besar undi dikawasan yang kita tandingi maka parti itu harus diberikan peluang untuk bertanding di kawasan itu,” katanya dalam sidang media memperkenalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Menurutnya, BERSATU sudah memperincikan maklumat kawasan yang akan mereka tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dan kawasan untuk PKR dan PAS.

Muhyiddin menggesa kedua-dua parti itu supaya memahami tujuan sebenar kerjasama yang hendak diwujudkan ini jika ingin menentang Umno-Barisan Nasional.

“Ini akan bersandar kepada rundingan, buat sementara ini kita ada maklumat dan data yang telah kita perincikan tentang mana-mana kawasan yang dianggap sesuai.

“Mungkin sebahagian kerusi ini sudah diagihkan kepada PAS atau PKR tetapi kalau mereka faham bahawa tujuan kita untuk sama-sama bekerjasama maka asas-asas rundingan itu akan kita lakukan,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerjasama dengan parti-parti pembangkang perlu kerana BERSATU tidak mampu bergerak secara bersendirian.

Susulan itu katanya, BERSATU dan parti-parti pembangkang perlu mencari titik persamaan bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

“Bagi kita dalam parti BERSATU ini kita tidak tolak untuk kerjasama dengan parti-parti lain kerana kalau nak menang adalah lebih baik kita tidak sesama kita berlawan. Itu akan menentukan kita akan kalah.

“Tujuan kita dalam parti ini adalah mencapai kemenangan dan mengambil bahagian dalam sebuah kerajaan dan kita akan timbang dan kita akan cari titik persefahaman antara parti yang bergading dengan kita,” katanya. – AntaraPos

Related Posts:

  • UMNO Perlu Gerak Ke depan Serta Mantapkan Parti. KUALA LUMPUR 26 Feb. – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta dibuat berdasarkan keinginan parti untuk ber… Read More
  • Sokongan Padu Rakyat Jamin Keutuhan – Najib SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang kukuh adalah bersandarkan kepada sokongan padu oleh segenap lapisan rakyat. Justeru, beliau mengajak rakyat negeri ini, t… Read More
  • Kanak-Kanak Bersama Wang Jutaan Ringgit Jadi Viral KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial semalam dikejutkan dengan penyebaran gam­bar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di da­lam sebuah bilik hotel diper… Read More
  • UMNO Johor akur keputusan MT PASIR GUDANG: UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), yang sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta. Ment… Read More
  • Guna Internet Dan Media Sosial Untuk Pupuk Perpaduan - Najib KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu terus menggunakan internet dan media sosial sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan mengelakkannya daripada disalahguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perd… Read More