Thursday, 4 August 2016

Jamal Sifatkan Penganjur Bersih Seperti Anjing


KUALA LUMPUR – Presiden Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos menyifatkan tindakan penganjur Bersih, Maria Chin seperti Anjing.

Menurut beliau, tindakan itu hanya akan menganggu ketenteraman awam malam menimbulkan provokasi yang akan menggugat keselamatan negara.

“Maria Chin dilihat seperti seekor anjing betina yang menyalak di bukit dengan bongkak merancang bersama kuncu-kuncunya turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tindakan Maria Chin dan kuncu-kuncunya menganjurkan BERSIH 5 bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah bakal menimbulkan provokasi yang akhirnya menggugat keselamatan negara,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya BERSIH 5 masih berjalan dan pihak baju merah bersedia berhadapan dengan mereka.

“Saya ‘mengalu-alukan’ penganjuran BERSIH 5 ini dan Gerakan Baju Merah sudah bersiap siaga untuk berhadapan dengan mereka.

“Saya bersama rakan-rakan NGO akan menganjurkan Gerakan Baju Merah pada hari dan tarikh yang sama penganjuran BERSIH 5 bagi menghalang agenda kotor dan jijik puak-puak pengkhianat negara mencabul sistem demokrasi berparlimen di negara ini,” ujarnya.-

Related Posts: