KUALA LUMPUR: Kerajaan menghentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.
Keputusan itu dibuat susulan tindakan Pengerusi Kehormat Yayasan Kepimpian Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kemudahan yayasan tersebut sebagai platform untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.