Samada Mahathir sendiri atau penulis upahannya yang menulis namun yang jelas ianya adalah dari blog kepunyaan peribadi bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4.
Ghairah serangan kali ini terhadap PM Najib bukan kerana isi tulisannya namun tarikh serangan yang dibuat. Sehari sebelum umat Islam Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tulisan tumpul dan dilihat seperti sudah kehilangan bisa kerana lalakan berulang diterbitkan pada 5hb Julai dan paling menyedihkan serangan tersebut hanya berselindung di sebalik "ucapan selamat hari raya".
Mungkinkah lalakan dari blog Mahathir ini ada kaitan dengan kempen boikot mendengar ucapan selamat hari raya dari PM Najib yang disiarkan secara langsung. Apakah lalakan dari blog Mahathir merupakan ultimate serangan terhadap kempen tersebut? Kebetulan atau rancangan?
Namun samada ianya serangan yang kononnya terancang atau kebetulan, nampaknya jentera pemakan dedak Mahathir gagal sepenuhnya. Pagi ini di hari umat Islam meraikan kemenangan dalam menjalankan ibadat rukun Islam, 75 ribu warga Malaysia dan juga dari luar negara datang berkunjung ke kediaman Perdana Menteri untuk bertemu dan beraya bersama PM Najib dan juga pemimpin yang lain.
Siapa yang patut Mahathir salahkan? Kepala perang mana? Khairudin si badut atau penulis facebook yang diangkat menjadi penulis blog milik Mahathir?
22 tahun menjadi Perdana Menteri yang begitu gah namanya dijulang oleh rakyat sendiri, hasilnya bila cuba tunjukkan bakat kononnya berbisa dalam strategi hancurkan musuh, Mahathir gagal berkali-kali.
Paling menjengkelkan sudah mula timbul pertanyaan, siapakah selama 22 tahun di belakang Mahathir selama ini?
Bayangkan pembinaan KLCC selama ini dianggap antara pencapaian terbaik Mahathir. Siapa yang merangka strategi 'cerita kejayaan KLCC' hinggakan rakyat baru sahaja sedar betapa siapakah yang untung sebenarnya hasil dari terpacaknya menara kembar tersebut? Rakyat atau kroni?
Jelek apabila blog orang tersohor umpama manusia hilang akal waras. Menyerang tanpa berfikir dan jauh sekali bersandarkan bukti yang mampu di bawa ke muka pengadilan. Belajarlah dari UMNO Pulau Pinang, sekali hentak, Lim Guan Eng berusung ke Mahkamah.
