Sunday, 19 June 2016

Tahniah dan Setinggi -Tinggi Terima Kasih Kepada WANITA -Shaharizat



KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR BUKTI MAHKAMAH RAKYAT TENTUKAN BARISAN NASIONAL TETAP JADI PILIHAN UTAMA
 Alhamdulillah, saya dan seluruh jentera  Wanita Barisan Nasional memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

Kemenangan di kedua-dua Pilihanraya Kecil ini yang boleh diumpamakan sebagai mahkamah rakyat, membuktikan Barisan Nasional kekal menjadi pilihan utama dengan peningkatan sokongan yang diterjemahkan dalam bentuk majoriti yang lebih besar.

Kejayaan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah kesinambungan kepercayaan rakyat terhadap pelan pembangunan berterusan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera Jalinan Rakyat Wanita Barisan Nasional yang telah bekerja keras berjumpa setiap seorang pengundi dari rumah ke rumah untuk menyampaikan misi dan visi Barisan Nasional sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlangsung. 

Cabaran berpuasa, faktor calon yang tidak boleh keluar berkempen dan kempen provokasi parti-parti yang bertanding tidak melemahkan semangat jentera Wanita Barisan Nasional malah ia menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berkempen secara berhemah sehingga saat akhir. Terima kasih dan syabas Wanita BN!

Saya berharap YB Datin Mastura Yazid dan YB Budiman Mohd Zohdi akan memastikan semua janji yang telah dibuat akan ditunaikan. Jadilah Ahli Parlimen yang memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Semoga Barisan Nasional terus cemerlang untuk rakyat Malaysia, Insyaallah.


SHAHRIZAT ABDUL JALIL