Monday 14 March 2016

Cassandra Hooi Agen DAP Di Universiti Nottingham?



ADAKAH tindakan Cassandra Chung Li Hooi membuat petisyen “Removing Dato’ Seri Najib Razak’s portrait at the University of Nottingham” merupakan arahan DAP? Menurut sumber, Cassandra dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan para pemimpin DAP.
Gambar-gambar Cassandra bersama Tony Pua begitu viral di media sosial. Malahan Cassandra dilihat turut terlibat dalam Bersih 4 rally yang diadakan di London bersama-sama Clare Rewcastle Brown .
Kita amat maklum bahawa DAP sering menggunakan bermacam-macam cara untuk menghina maruah orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara sebelum ini. Oleh itu, tindakan Cassandra Hooi cuba memalukan Perdana Menteri Malaysia di Universiti Nottingham bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Bahkan kita turut dimaklumkan bahawa beberapa siri untuk memalukan Datuk Seri Najib akan dilakukan di beberapa buah universiti luar negara dalam masa terdekat ini.  Kemungkinan besar, Australia akan menjadi sasaran pelajar-pelajar luar negara yang dikatakan  agen-agen DAP ini.
Persoalannya, apakah tindakan dari pihak kerajaan Malaysia terhadap agen DAP  yang belajar di luar negara ini atas kebiadapan melampau mereka? Kini mereka ketandusan idea dalam negara kita memandangkan beberapa isu yang DAP bangkitkan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dermaRM2.6 bilion telah terjawab dan tidak ada sebarang salahlaku di pihak Perdana Menteri kita.
Kita juga amat maklum bahawa dunia mengiktiraf dan menerima baik Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan sambutan Amerika Syarikat, Britain, Arab Saudi dan negara-negara ASEAN baru-baru ini. Namun tindakan seorang pelajar Malaysia dari kaum Cina melakukan tindakan yang berbentuk penghinaan terhadap negara.
Cassandra perlu menerima hakikat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih secara demokratik dan mengikut Perlembagaan. Oleh itu, tindakan beliau itu merupakan pengkhianatan, sabotaj, tidak bertamadun dan juga satu kesalahan besar terhadap negara.
Dengan itu, rakyat Malaysia mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara agar meneliti isu ini dengan teliti termasuk menarik balik pasport beliau kerana beliau terbabit secara langsung memburukkan negara ini di luar negara.

cassandra 1

hina 1

hina 2

hina 3

hina 4

hina 5

hina 6

hina 7


hina 8