Thursday, 30 June 2016

Kalau Tubuh Parti Baru Belum Tentu Boleh Lawan UMNO – Tun Abdullah


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO pada Jumaat lalu adalah langkah yang perlu.
Beliau berkata, kedudukan Muhyiddin dan Mukriz dalam parti itu tidak lagi membawa sebarang kebaikan.
“Saya ingat tidak membawa kebaikan kepada  kita (UMNO) sebab dia (Muhyiddin) dah tunjukkan apa yang dia nak lakukan (sikap sebenar),” katanya ketika ditanya media pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), hari ini.
Sementara itu, Abdullah berkata sekiranya bekas Timbalan Presiden UMNO itu mahu membuka parti baru kemungkinan ia tidak dapat menyaingi UMNO.
“Muhyiddin dijangka penubuhan parti baharu? Sokongan masih kuat (kepada UMNO) belum boleh sampai, kekuatan ada pada UMNO,” katanya lagi.
#MNA