Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Sochi, Russia hari ini dan esok. Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, sidang kemuncak ini dianjurkan bagi memperingati dan meraikan 20 tahun jalinan rakan dialog ASEAN-Russia. Selain itu, katanya, ia juga sebagai wadah untuk pemimpin negara anggota ASEAN dan Russia merangka hala tuju masa hadapan kerjasama ASEAN dan Russia. “Sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung, pemimpin negara anggota ASEAN dan Russia akan memperakukan Deklarasi Sochi bertajuk Menuju Ke arah Perkongsian Strategik Untuk Kepentingan Bersama dan pada masa sama semua pemimpin akan mengambil maklum mengenai Pelan Tindakan Komprehensif 2016-2020. “Pelan itu merangkumi kaedah spesifik untuk memperkukuhkan lagi hubungan bagi tempoh lima tahun akan datang, serta mempertimbangkan laporan ASEAN-Russia Eminet Person Group (AREPG) yang mengandungi cadangan hala tuju masa hadapan bagi hubungan ASEAN-Rusia,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Pada lawatan itu, Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kanan dari pejabat Perdana Menteri serta Kementerian Luar.
Wednesday, 18 May 2016
Najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak ASEAN Di Russia
By @MNA at 18:18:00
Related Posts:
Anggap Diri Tuhan & Cakap Tidak Sembah Tuhan, Pembangkang Sudah Hilang Pegangan Agama Pembangkang di Malaysia sudah terdesak sangat. Mereka gunakan hujah yang melampaui syariat agama. Seolah sudah tiada lagi pegangan agama bila berhujah. Dalam dunia ini, hanya Firaun dan Namrud sahaja yang anggap dirinya s… Read More
Manisfesto BN Jadikan Malaysia Negara Yang Lebih Hebat Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto untuk PRU14 esok dan ia dirancang untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat dengan langkah yang lebih komprehensif dan inklusif untuk kepentingan seluruh rakyat Mal… Read More
Tindakan Petugas Memberi Penerangan Betul Dan Mengikut Prosedur Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah video yang ditularkan oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Hospital Langkawi hari ini tidak menunjukkan sebarang kesilapan prosedur yang dijalankan o… Read More
MCA Kawan, DAP Lawan Ketika ini, MCA telah menjadi sasaran DAP, yang mempunyai matlamat untuk meranapkan parti berkenaan. Dengan kata lain, ia mahu menghapuskan MCA, iaitu sebuah parti yang mewakili kaum Cina di negara ini. Maka dalam hal ini… Read More
Pakatan Harapan Terima Malu Bila Bank Dunia Iktiraf Ekonomi Malaysia Di paras Tertinggi Agak-agak mana Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu meletakkan muka apabila Bank Dunia sekali lagi mengakui Malaysia sebagai negara yang berjaya menguruskan ekonomi sehingga ke tahap mampu menjadi… Read More