Tahniah Rakyat Sarawak kerana mengajar DAPig mengenal Realiti.. Fitnah adu domba tak laku di Sarawak. Pengundi di Sarawak bijak menilai.. BN tetap jadi pilihan Pengundi di Sarawak.
Selepas mengalami kekalahan teruk dengan kehilangan lima kerusinya pada pilihan raya Sarawak Ke-11,
DAP hari ini mengakui bahawa sokongan masyarakat Cina kembali beralih kepada BN.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata kira-kira 10 peratus pengundi Cina beralih
menyokong BN menyebabkan parti itu gagal mempertahankan semua 12 kerusi yang dimenanginya pada
pilihan rayanegeri yang lalu.
“Satu sebab lagi ialah peratusan turun mengundi yang rendah menyebabkan kita gagal mendapat undi
yang diharapkan untuk memenangi kerusi yang ditandingi.
“Tumpuan DAP kali ini yang lebih luas hingga ke kawasan luar bandar juga menyebabkan tumpuan
di kerusi tradisi bandar terjejas dan kita kalah di banyak kerusi,” katanya kepada pemberita di Kuching, hari ini.
Pada pilihan raya hari ini DAP hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek,
Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu.
Selain itu, DAP juga kecundang di semua enam kerusi yang menjadi rebutannya dengan sekutunya, PKR.
Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Simanggang, Murum dan Mulu.
Meskipun Chong berjaya mengekalkan kemenangan di Kota Sentosa dengan 10,047 undi, namun majoritinya merosot hampir separuh.
Pada pilihan raya negeri lalu, ketua pembangkang Sarawak itu memperolehi 12,594 undi dengan
majoriti 4,824.
Parti Cina di Sarawak – SUPP – pula mendapat nafas baru apabila presidennya, Senator Dr Sim Kui Hian
berjaya merampas kerusi DUN Batu Kawah daripada DAP selepas menewaskan penyandangnya
Christina Chiew Wang See dengan majoriti undi 2,085.
Malah, SUPP menang tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya.Di Bawang Assan, calon langsung BN, Datuk Seri Wong Soon Koh meraih 9,015 undi untuk melakarkan majoriti 4,131undi ke atas pencabar Chiew Sung Ngie (DAP) 4,884, Wong Sing Wei (Star) 100 and dua calon Bebas,
Watson Bangau 569 dan Yeu Bang Keng dengan 63 undi.
BN juga merampas kerusi Meradong dengan Ding Kuong Hiing melakukan kejutan terhadap
penyandang dua penggal dari DAP, Ting Tze Fui dengan majoriti 1,516 undi.
Dalam pertandingan lima penjuru di Batu Kitang, muka baharu BN, Lo Khere Chiang mengalahkan
pencabar terdekat Abdul Aziz Isa Marindo (DAP) dengan majoriti 1,840 undi.
DAP bertanding di 31 kerusi pada pilihan raya kali ini berbanding hanya 15 kerusi pada pilihan raya lalu