Sunday, 21 February 2016

Pencapain 40 Tahun Najib Bukti Kecemerlangan - Tengku Mahkota Pahang



PEKAN – Pencapaian Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang 40 tahun penglibatannya dalam politik dan pentadbiran kerajaan menjadi kebanggaan rakyat Pahang, khususnya di Pekan.
Tengku Mahkkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perjalanan Najib daripada seorang anggota Parlimen, Menteri Besar Pahang, menteri di peringkat kerajaan pusat dan akhirnya sebagai Perdana Menteri membawa nostalgia tersendiri.
“Pencapaian ini membawa nostalgia yang besar maknanya kerana 40 tahun dahulu, saya dan beliau (Najib) tidak ada rambut putih dan hari ini, rambut dan kening sudah total white (putih sepenuhnya).
“Ini menunjukkan banyak pengalaman telah dilalui beliau. Banyak turun naiknya tapi kita kena bangga banyak pencapaian yang dilakukannya,” titah baginda yang turut mengucapkan tahniah kepada Najib.
Tengku Abdullah bertitah demikian semasa merasmikan Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di sini Ahad, yang turut dihadiri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Majlis perasmian itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil.
Pada majlis itu, turut menyaksikan Tengku Abdullah dimasyhurkan menjadi canselor pertama DHU dengan istiadat pemasyhuran disempurkan oleh Mohd Khamil.
Tanggal 21 Feb 2016 menjadi detik bersejarah kepada Najib kerana menandakan genap 40 tahun penglibatan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Muhammad Noah dalam arena politik.
Najib bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan pada 21 Feb 1967 pada usia 23 tahun sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982 sekaligus melakar sejarah sebagai menteri besar termuda iaitu pada usia 29 tahun. – BERNAMA

Related Posts:

  • GST Lebih Baik Dan Telus Banding SST - Najib Razak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan mereka terpaksa menjual harta benda bagi menampung kekurangan kewangan negara ketika ini. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak … Read More
  • LTTE Polis Tahan Dua Lagi Ahli DAP Terkini Polis menahan dua lagi individu yang juga ahli DAP di Melak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA), hari ini. Penahanan tersebut disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Mat… Read More
  • PLUS Dijual Tol Free Hanya Mimpi Sudahnya Mungkin ampa tak rasa menyesal, sebab ampa yang memilih. Pilihan rakyat konon. Buka mata dan minda elok-elok penulis nak kasi cerita. Datuk Najib guna EPF dan Khazanah untuk beli balik PLUS dari kroni tahun 2011. Setiap RM… Read More
  • Penat Jatuhkan BN Jika PH Juga Mahu laksanakan GST! Alang-alang nak bawa balik GST baik naikkan balik kerajaam BN. Apa lojiknya rakyat tolak BN sebab GST, sekarang PH nak wujudkan kembali GST? Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi reaksi ringkas, namun cukup menyindir k… Read More
  • SHAHRUL BEKAS CEO 1MDB GUNA MANTRA SAMA Shahrul hanya tahu ulang dan ulang mantra Shahrul ialah, dia dapat arahan dan nasihat daripada Jho Low. Tetapi Shahrul mengaku, Jho Low bukan Penasihat 1MDB. Bahkan dia juga bukan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Perbicaraan… Read More