Friday 19 February 2016

Datuk Seri Najib Yakin Pelabur Berminat Dengan Malaysia



Ucapan Perdana Menteri mengenai langkah-langkah proaktif menarik minat pelabur asing (19 Februari 2016)
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai langkah-langkah proaktif mencari jalan membuka peluang pelaburan ekonomi di Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Dalam kemelut ekonomi disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah yang melanda dunia ketika ini, saya dan anggota-anggota kabinet telah dan akan mengambil langkah-langkah proaktif mencari jalan membuka peluang pelaburan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan KDNK kita mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu pada 4- 4.5 peratus pada tahun ini.
Baru-baru ini, Malaysia telah menerima jemputan untuk menghadiri persidangan ASEAN di Amerika Syarikat.
Persidangan tersebut merupakan satu peluang untuk kukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi antara negara-negara terlibat.
Ia juga merupakan salah satu langkah proaktif ekonomi yang saya maksudkan ini.
Saya mengadakan perjumpaan dengan pelabur-pelabur asing dan ketua-ketua industri di sana, bagi menarik minat mereka untuk melabur di negara kita.
Asas ekonomi kita disokong dengan infrastruktur industri yang lengkap serta penawaran pekerja yang berkualiti tinggi, merupakan tarikan utama untuk melabur di Malaysia.
Selain dari itu, pelabur melihat kestabilan politik di Malaysia sebagai satu fakta yang penting.
Saya percaya penjelasan dan penerangan yang telah diberikan kepada mereka oleh saya, Dato Wahid Omar dan pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam lawatan ini dapat memberikan keyakinan terhadap kedudukan sebenar negara.
Insya-Allah, saya akan teruskan usaha dengan gigih demi membangunkan ekonomi negara kita secara mampan.
Sekian sahaja dari saya,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
1) NajibRazak.com
https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-langkah-langkah-proaktif-menarik-minat-pelabur-asing/