Friday 19 February 2016

Percaya Pada Siasatan Pihak Berkuasa Malaysia, Bukan Sumber Asing


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata agensi berita The Wall Street Journal (WSJ) telah menghina organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bebas apabila mengatakan wang RM2.6 bilion adalah datang dari pelbagai syarikat di bawah syarikat 1MDB dan bukannya dari keluarga Diraja Arab Saudi.
Sebagai rakyat Malaysia, mereka seharusnya percaya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara yang bergerak di bawah JPM yang menyatakan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razk bebas dari sebarang salah laku membabitkan wang itu.
“Kenapa kita tak percaya institusi Peguam Negara dan SPRM yang bebas jalankan siasatan sejak dulu lagi. Sedang institusi inilah yang banyak membantu kita dalam penyiasatan.
“Jika kita tak percaya institusi ini bermakna kita telah memperlekeh negara. Kita tidak boleh menghina institusi PM (Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita di Hotel Royale Chulan, di ibu negara hari ini.
Sebelum ini, Pengarang bahagian Kewangan WSJ, Ken Brown dalam satu temubual dengan agensi berita ABC News dari Australia berkata derma itu bukan dari Arab Saudi.
Salleh berkata tuduhan oleh WSJ itu merupakan satu tuduhan melulu dan boleh dipertikaikan kerana mereka telah mengemukakan dokumen yang diubah secara salah daripada sumber yang tidak sahih.
“Mereka buat tuduhan yang melulu. Kenapa mereka nak campur aduk dalam urusan pentadbiran negara? Sudah tentu mereka ada agenda. Sedangkan tuduhan-tuduhan yang dibuat itu telah dibuktikan oleh Peguam Negara dan SPRM.
“Najib merupakan satu-satunya pemimpin yang sanggup menyerah diri untuk proses penyiasatan kepada SPRM dan Peguam Negara.
“Perlu diingatkan Najib telah bersih daripada tuduhan yang dilontarkan oleh pihak luar seperti WSJ,” katanya.
Beliau menasihatkan supaya rakyat mempercayai keputusan yang telah pun dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia berbanding sumber dari negara asing.
Berkenaan tuduhan terbaru ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali melalui kertas siasatan telah memberitahu bahawa SPRM sendiri sudah bertemu dengan wakil keluarga Diraja itu dan merekodkan keterangannya bahawa wang derma itu adalah dari mereka.
SPRM tidak menafikan apa-apa pun, jadi bukti apa lagi?