Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyelar hasrat Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ dalam usaha mereka untuk menawan kembali negeri itu, sebaliknya menasihatkan beliau untuk tumpukan kepada negeri Selangor dahulu.
“Eloklah kalau Azmin tengok-tengokkan negeri dia, belum tentu dia menang dalam pilihanraya akan datang.
“Tapi kalau dia rasa dia kuat nak pecah-pecahkan, bahagikan masa dari segi taktikal, dia sangat dialu-alukan, bagus juga dia tak boleh tumpu Selangor, kita ambil.”
Zambry turut berkata bahawa pihaknya tidak gentar dan tidak memandang serius perkara berkenaan susulan perpecahan yang berlaku di barisan pembangkang.
“Saya tidak mahu bercakap besar, biar mereka tunjukkan ‘kuku’ atau susun perancangan untuk mengambil Perak