Wednesday, 25 January 2017
Mahukah PAS Sekali Lagi Dibadutkan DAP Yang Keterdesakan Sokongan
By @MNA at 18:21:00
Huluran salam Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sesuatu yang tidak boleh dipercayai.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata, huluran salam DAP itu tidak lebih sekadar muslihatnya yang mahu mempergunakan PAS bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini berkenaan soal kepercayaan. Rakan kongsi adalah berkenaan dengan kepercayaan.
“Sungguhpun kata agendanya untuk selamatkan Malaysia, tapi dari siapa dan apa? Beliau kata nak selamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi. Itu sebenarnya cakap saja,” katanya pada Rabu.
Justeru ujarnya, PAS sebagai parti yang pernah melalui sejarah hitam bersama DAP sewajarnya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya tidak mahu pisang berbuah dua kali.
“Di pihak PAS, kena jaga-jaga kerana mereka biasa kena, bukan tak biasa dengan DAP. Jadi kalau kita lihat, DAP ini tahu kalau tak ada sokongan dari PAS atau PKR, memang mereka tak boleh pergi ke mana-mana.
“Kalau tak dapat sokongan pengundi Melayu, mereka tak boleh jadi kerajaan Malaysia,” katanya lagi.
Kit Siang kelmarin memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan Hadi jika Presiden PAS itu bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada masalah kleptokrasi.
Menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura, veteran DAP itu berkata, keutamaan pada masa kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia.
Bagaimanapun, Tunku Aziz membidas kenyataan Kit Siang sambil mempersoalkan apakah DAP benar-benar ‘bersih’ daripada rasuah sehingga melontarkan cadangan berkenaan.
“Selamatkan Malaysia daripada kleptokrasi kononnya, macam la DAP satu parti yang tidak ada kena mengena dengan rasuah.
“Tak payah cakap saja, kita nak lihat tindakannya. Ini cakap senang lah,” katanya.
Huluran salam Kit Siang itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada PAS.
Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, partinya tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam ‘permainan’ politik DAP.
Related Posts:
Benarkah Rombakan Kabinet Melibatkan Menteri Dari PPBM Bakal Berlaku ? Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melakukan rombakan kabinet bulan depan sebelum tahun baru 2019 bagi melicinkan lagi jentera kerajaan.Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri R… Read More
Penyatuan UMNO Dan PAS Amat Diharapkan Demi Agama Presiden UMNO dan Presiden Pas berkata, sudah sampai masanya UMNO dan Pas kembali bersatu demi menegakkan keadilan dan membela agama Islam. ini bukan kali pertama kedua-dua parti itu bergabung kerana sejarah pernah membuk… Read More
TARAF MELAYU, INDIA DAN CINA ADALAH SAMA. - DAP Betapa angkuh dan celuparnya Adun DAP Chow Yu Hui melalui laman FB rasminya (Chow Yu Hui) telah mengingatkan pendirian DAP yang mahukan label 'Bumiputra' dihapuskan. Mengikut Adun DAP Tras itu, rakyat Malaysia adala… Read More
Bajet 2019 Kerajaan PH Bajet Airmata Rakyat Perbahasan Dato' Sri Najib Tun Razak pada hari ini jelas menunjukkan beberapa kebimbangan terhadap Bajet 2019 yang dibentangkan Kerajaan PH baru-baru ini: Reaksi pasaran yang negatif jelas ditunjukkan dengan kejatuhan Bur… Read More
Pendidik Pilih Anuar Ganti Menteri Pendidikan Sebelum Jadi PM Kata segelintir guru jika (Tun) Dr. Mahathir Mohamad tidak mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri pun, bagilah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Menteri Pendidikan terlebih dahulu, Guru-guru semakin tidak `senang’ den… Read More