Friday, 2 December 2016

Jumlah Ahli UMNO Terkini Cecah 3,577,719 – Tengku Adnan

Image result for tengku adnan tengku mansor

KUALA LUMPUR – Keanggotaan UMNO mencecah 3,577,719 orang sehingga kelmarin dengan bilangan cawangan sebanyak 21,653 di seluruh negara, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata dalam keadaan UMNO didesak dan dimomok dengan pelbagai tohmahan, keanggotaan parti terus bertambah dan mendapat sokongan dari semasa ke semasa.

“UMNO hari ini bukan sahaja mendukung inspirasi bangsa Melayu tetapi turut menjadi teras sebagai tempat berpaut rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kesatuan dalam kepelbagaian turut bersemarak dalam UMNO biarpun parti ini berteraskan agama, bangsa dan negara. Nasionalisasi UMNO bersendikan dasar-dasar kerajaan dengan kita mengangkat Transformasi Nasional (TN50) untuk generasi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Perhimpunan yang dihadiri 2,643 perwakilan itu dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pada tahun ini UMNO dan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pelbagai dugaan suka dan duka yang dilalui dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

Beliau berkata kemenangan besar BN di Sarawak dan dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti yang bertambah, jelas menunjukkan parti itu terus mendapat sokongan rakyat.

“Asas penubuhan dan perjuangan UMNO tidak pernah berubah seiring dengan usia UMNO 70 tahun. Perjuangan berteraskan dukungan dan cita-cita kebangsaan demi mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

“Kita akan pastikan UMNO terus kekal di sanubari dan pendekatan dilaksanakan UMNO terus unggul,” katanya. – Bernama

Related Posts:

  • Yayasan Terengganu Tetap Hantar Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara Yayasan Terengganu tetap akan mempertimbangkan permohonan untuk sambung belajar di luar negara dengan teliti dan mana-mana pelajar yang cemerlang di negeri ini. Pengarah Yayasan Terengganu Mohamad Sulong berkata , mere… Read More
  • ASMA AL-HUSNA Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang Yang Maha Menguasai Yang Maha Suci Yang Memberi Keamanan Maha Pengaman Yang Maha Pelindung Maha Mulia/Perkasa Maha Pemaksa Yang Memiliki Keag… Read More
  • Hormati keputusan Peguam Negara – UMNO Johor JOHOR BAHRU – Badan Perhubungan UMNO Johor menerima keputusan Peguam Negaraberhubung siasatan terhadap Perdana Menteri dan berharap keputusan tersebut akan dihormati semua pihak. Pengerusi Badan Perhubungan UM… Read More
  • Najib Mahu Semua Pihak Bertahan Keadaan Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak untuk memahami keadaan sekarang berkaitan ekonomi dan bertahan kerana negara ini pernah mengalami keadaan yang lebih buruk pada masa dahulu. Beliau berkata keraj… Read More
  • Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta Cinta Akan Membuat Anda Terus HidupSudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?Mengikut pakar-… Read More