Thursday, 8 March 2018
Kerajaan BN Yang Peduli Rakyat, Kerajaan DAP-PKR Hanya Membuli Rakyat Sahaja Di Selangor
By @MNA at 18:43:00
Lensa Beruang Biru
Sejak minggu lepas lagi, Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara. Semua rakyat boleh merasa duit BR1M termasuklah kira kira sejuta orang penerima BR1M di Selangor.
Melalui kerajaan BN pusat, bolehlah juga orang Selangor dapat merasa duit BR1M. Ini bukti jelas kerajaan BN mempedulikan nasib rakyat. Bukan seperti kerajaan pimpinan PKR dan DAP, di Selangor dan Pulau Pinang yang asyik membuli rakyat dengan pelbagai masalah dan isu.
Lebih baik orang Selangor beri balik kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah Selangor, banyak sangat isu isu yang tidak selesai di Selangor. Enam daerah di Selangor alami masalah air, sudah beberapa hari ianya berlaku namun Azmin Ali terus diam tanpa ada sebarang pelan kontigensi.
Rakyat tidak mandi ada Azmin peduli? Tidak. Anak kecil menangis sebab tiada air hendak buat susu ada Azmin peduli? Tidak. Azmin Ali hanya balut tengkuk sahaja, minta simpati. Mana dia peduli nasib rakyat Selangor yang bersusah payah sakit pinggang di bawah mengangkut air.
Dalam manifesto dan slogan di papan tanda bukan main lagi sebut mengenai “peduli rakyat”, namun secara realitinya kerajaan Selangor yang diperintah oleh PKR tidak mengamalkan pun konsep peduli rakyat itu. Apa yang dibuat adalah mereka membuli rakyat.
Harga rumah tinggi, projek rumah rakyat dibatalkan. Rumah tok siak dalam masjid pula dirobohkan. Cukai naik sampai 400% di Selangor, Azmin membuli rakyat dengan beban cukai pintu yang tinggi. Caj parking di kawasan kedai dan kediaman juga dikenakan.
Azmin Ali buli rakyat di Kajang, Bangi dan Cyberjaya, “parking” sekejap sahaja untuk beli susu anak di Speedmart pun kena saman dengan penguatkuasa. Ini tindakan yang amat tidak bertimbangrasa dan membebankan rakyat.
Sudah kena 20 sen duit plastik masa beli susu anak, kena lagi saman RM10 sebab “parking”. Terdesak sangat hendak rizab negeri banyak sampai kena kutip 20 sen duit plastik dan saman dari poket rakyat.
Jalan yang teruk dan berlubang tidak baiki, habis itu duit MARRIS yang masuk beratus juta itu digunakan untuk tujuan apa? Boleh lihat sendiri bagaimana teruknya kualiti jalan di Dengkil, Bangi, Shah Alam, Puchong, Seri Kembangan dan seluruh Selangor. Lubang di merata tempat, asyik terjun dalam lopak sahaja tayar motorsikal rakyat Selangor.
Sampah tidak dikutip, terbiar sampai longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi. Sungai juga makin kotor sehingga membawa kepada peningkatan penyakit denggi.
Kes denggi di Selangor pada 2018 adalah yang tertinggi di Malaysia, dalam bulan Februari lepas sahaja sudah ada 1,353 kes demam denggi. Rakyat kena buli dengan Azmin Ali, yang hidup senang lenang menghisap darah rakyat adalah nyamuk denggi.
Paling utama adalah masalah krisis air di Selangor. Punca utamanya adalah kerana Azmin Ali melengah lengahkan pembinaan loji baru dan pengambilalihan SPLASH. Duit dari kerajaan BN pusat sudah ambil sampai RM22.3 billion, tetapi masalah air tidak selesai selesai juga. Mana pergi duit itu?
“Inilah masalahnya, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut, perkhidmatan tak baik, saya dah dapat laporan tentang kisah pentadbiran air di negeri Selangor ini. Apa cara untuk selesaikan (masalah ini), tukar dan tawan semula kerajaan Selangor, saya janji masalah air selesai” kata Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia semalam di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam, Selangor,
Memang benar, lebih baik rakyat Selangor beri balik kerajaan Selangor kepada Barisan Nasional yang lebih peduli nasib rakyat bukan seperti kerajaan PKR-DAP yang asyik membuli rakyat dengan pelbagai masalah dan isu.
Teruk sangat sudah rakyat Selangor kena buli, sampai kena mandi air hujan bila air tiada. Serik seriklah, jangan buat silap lagi bila mengundi nanti. Dulu berbaris untuk mengundi, kini berbaris untuk ambil air dari lori.
Beruang Biru
Related Posts:
8 Manifesto Barisan Nasional Untuk Orang Muda Selepas BN melancarkan manifestonya pada 7 April lepas, buat pertama kalinya Pemuda Barisan Nasional turut melancarkan manifesto khusus untuk orang muda di PWTC semalam. Daripada sejumlah 14,940, 624 pemilih pada PRU-14, … Read More
BR1M Buat Pembangkang Terus Terkedu Pengumuman tambahan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali ganda kepada lebih 7 juta penerimanya oleh pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akujanji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ny… Read More
Rakyat Perlu Undi Berdasarkan Prestasi, Bukan Emosi & Persepsi Tinggal 27 hari sahaja lagi sebelum hari pengundian. Lagi 648 jam sebelum rakyat memilih di atas kertas undi. Ramai tidak sabar untuk habis tempoh ini. Kenapa? Kerana mahu ajar DAP dan PKR yang banyak membohongi rakyat… Read More
Manifesto Barisan Nasional Menyeluruh Kepada Semua Rakyat Malaysia Menarik dan padat. Itu yang dapat disimpulkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Semua agenda penting dan mustahak … Read More
Tiada Masalah Mengundi Hari Rabu & Hari Bekerja Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon untuk pilihanraya umum ke-14, PRU14 adalah pada 28 April 2018 dan hari mengundi adalah pada hari Rabu iaitu 9 Mei 2018. Tan Sri Mohd Hashim Abd… Read More