Thursday, 24 November 2016
Akta 355 Memperkasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah
By @MNA at 18:23:00
Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B Haji Baharom (B), Menteri di JABATAN PERDANA MENTERI
Berkata berhubung dengan pindaan rang undang-undang Ahli persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 [AKTA 355]
1. Kerajaan mengambil berat usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].
2. Seperti termaklum, sejak Akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965 dan dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989, Kerajaan terus komited dan istiqomah dalam mengangkat martabat institusi mahkamah Syariah. Malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik termasuklah memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah, menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai- Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka, meningkatkan dan menambah-baik kemudahan prasarana institusi mahkamah syariah dan pelbagai lagi inisiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah.
3. Justeru, kerajaan sudah tentu mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuklah usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang.
4. Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, setelah segala urusan dewan selesai, Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini. Sebagaimana lazim, sudah tentu Kerajaan akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuklah rakyat bukan Islam walaupun hakikatnya Akta 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Related Posts:
Satu Demi Satu Institusi Diraja Dihina Pembangkang Kenapalah pembangkang di Malaysia ini suka sangat hendak serang institusi Raja Melayu? Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz yang memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai ba… Read More
Pertikai Najib Masuk Kaabah, Mukhriz Tiru Perangai Biadap "Tahap Gaban" Bapa BR1M dikata sebagai rasuah, jemaah haji 1MDB dikata sebagai tidak sah haji, orang Bugis dihina, mufti dikata kafir dalam isu Memali dan Hadi Awang juga dianggap kafir. Itulah fatwa fatwa Mahathir sejak berkawan baik… Read More
SPR: 3.6 Juta Warganegara Belum Daftar Sebagai Pengundi Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.Beliau berkata … Read More
Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir Sejak 2015, bertalu talu Mahathir, Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi asyik menyatakan bahawa negara Malaysia ini hendak muflis dan gagal. Mereka kata ringgit lemah dan ekonomi merosot.Tiba tiba semalam, bila dakwaan itu semu… Read More
Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Bermula Hari Ini. SINGAPURA - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hari ini dengan mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, di sini.Per… Read More