Friday, 12 August 2016

Masa Yang Terbaik Buat PAS Dan UMNO Bersatu – Nik Abduh




KUALA LUMPUR – “Ini adalah masa terbaik untuk PAS dan UMNO bersatu membabitkan isu yang sama,” ujar Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut Nik Abduh, jika DAP dan MCA bersatu demi menentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) maka tidak mustahil PAS dan UMNO bersatu menyokong RUU ini.

“Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah PAS dan UMNO bersatu juga dalam isu yang sama,” kata Nik Abduh menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya.

Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya UMNO menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan RUU 355.

Nik Abduh berkata, PAS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU 355 ini.

“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana UMNO memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya lagi.

Kenyataan itu dibuat berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU 355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.

“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.

“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.

“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan PAS yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.

“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. PAS sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.

“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya.

Beliau berkata, PAS sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. – KLxpress

Related Posts:

  • Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 Tidak Sah Penubuhan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 adalah satu tanda jelas bah… Read More
  • PM 7 Tun M MEROYAN Di Sungai Koyan Antara bait-bait ucapan Tun M ketika berceramah di PRK Cameron Highlands 1) Saya bukan Pencuri macam Najib atau Pak Lah! (Sekali Pak Lah Pun Kena) 2) Pak Lah lebih teruk jadi PM bagi kenyang anak beranak dia cucu dia se… Read More
  • Peratusan Keluar Mengundi Penentu Kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan peratusan keluar mengundi direkodkan lebih tinggi berbanding yang direkod dalam empat PRK sebelum ini. Setakat jam 2 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (S… Read More
  • Kenyataan LKS Mengenai Taraf Kerakyataan Orang Asli Nampak Sangat Dungu KENYATAAN pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amatlah memalukan dan memperlihatkan kedunguan pemimpin itu selama ini. Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan Malay… Read More
  • Peluang Adakan Pilihan Raya Umum Semula Orang sudah letak jawatan kamu buat tribunal hendak pecat? Malaysia baru!😂🤣 Saya cadangkan semua ahli SPR pergi ke tribunal mengaku salah dan tambah saja cerita kata PRU-14 penuh penyelewengan. Dengan ini kita boleh… Read More