Sunday, 10 July 2016
Wakil Rakyat DAP Guna Politik Kebencian - Mahdzir Khalid
By @MNA at 18:20:00
KUALA NERANG - Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menggunakan politik kebencian untuk menghancurkan perpaduan sesama kaum yang telah dibina sejak 60 tahun lalu apabila mempersendakan sambutan Aidilfitri dalam laman sosial Facebooknya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyifatkan tindakan pemimpin dari DAP itu biadab selain tidak menghormati budaya dan agama yang diamalkan dalam negara berbilang kaum sejak dahulu lagi.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata program perpaduan yang dilaksanakan di sekolah dalam negara juga tidak akan berjaya sekiranya kepimpinan DAP terus menjadikan politik sebagai medan untuk meruntuhkan perpaduan.
"DAP sebelum ini cakap untuk perjuang semua kaum tetapi sebaliknya berlaku, di mana (pemimpin parti itu) tidak menjaga sensitiviti orang Melayu Islam. Ini menunjukkan kepimpinan DAP tidak matang.
"Mudah bagi Nga yang meminta maaf selepas mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak. Kita perlu berpolitik dengan cara yang betul dan bukan mengutuk budaya dan agama orang lain," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Padang Terap di Padang Kerasak, Naka, hari ini. Ia dihadiri lebih 20,000 orang.
Pada Selasa lalu, Nga memuat naik status gambar mempersendakan Aidilfitri dengan menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan 'dedak'.
Mahdzir berkata perpaduan yang diasaskan sejak 60 tahun lalu perlu dijaga dengan baik dan generasi akan datang perlu menjaganya agar tidak dicemari dengan agenda politik parti pembangkang.
Katanya di peringkat sekolah pihak kementerian mempunyai program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), di mana program ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sebagai cara untuk memperkukuhkan perpaduan.
Beliau berkata parti pembangkang perlu membantu usaha kerajaan untuk mengekalkan keharmonian perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan bukan menanam politik kebencian dalam kalangan rakyat.
"Pemberian duit raya merupakan tradisi masyarakat di negara ini ketika sambutan Aidilfitri dan sama juga bagi masyarakat Tiong Hwa yang memberi ang pau kepada kanak-kanak. Ini perkara yang sering kita lakukan sejak dahulu lagi," katanya.
Di TAIPING, Naib Ketua Umno Bahagian Taiping Datuk Mohamed Zahir Abdul Khalid berkata perbuatan Nga itu mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berperibadi buruk.
Beliau berkata sebagai seorang Anggota Parlimen di negara berbilang kaum, Nga sepatutnya menghormati semua perayaan.
"Dalam kita menyambut perayaan ini, perpaduan dan keamanan amat penting," katanya kepada Bernama.
Di REMBAU, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perbuatan menghina agama dan perayaan mengikut kaum boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di negara ini, jika tidak dibendung.
Sehubungan itu, katanya, perbuatan Nga mempersenda perayaan Aidilfitri tidak boleh diterima langsung di Malaysia, yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama.
"Walaupun pembangkang tidak sukakan Umno atau Barisan Nasional (BN), jangan sampai menghina agama," katanya sambil menganggap perbuatan Nga sebagai cubaan meraih publisiti murahan.
"Kalau kita terus menghina agama orang lain, negara kita tidak akan ke mana dan yang pasti kita akan menuju ke arah kehancuran," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya di Kampung Tanjung Rantau di sini.
Turut berangkat hadir Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta anakanda baginda, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin.- Bernama
Related Posts:
Tujuh Hujah Ini Bukti Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB 1MDB sengaja dijadikan isu semata mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja. Tuduhan awal Mahathir dulu kata ada duit hilang sampai RM42 billion di 1MDB pun sudah M… Read More
Paras Hutang Negara Tidak Kritikal, Paras Air Terawat Di Selangor Lebih Kritikal Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali semalam melompat bagai kera kena belacan di parlimen apabila kena sindir mengenai krisis air dengan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam kejadian di Dewan Rakyat semalam, … Read More
Kerajaan BN Yang Peduli Rakyat, Kerajaan DAP-PKR Hanya Membuli Rakyat Sahaja Di Selangor Sejak minggu lepas lagi, Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara. Semua rakyat boleh merasa duit BR1M termasuklah kira kira sejuta orang penerima BR1… Read More
Ucapan Tahniah Dari Perdana Menteri Kepada Pelajar Cemerlang STPM 2017 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017. "Kepada para pelajar yang terima keputusan c… Read More
Malaysia Jadi Negara Gagal Kalau Ikut Manifesto Harapan Palsu Pembangkang Pembangkang hanya mementingkan populis dalam manifesto mereka. Angka tiada, anggaran tiada, malah banyak yang diceduk dan ditiru dari apa yang telah kerajaan BN sudah laksanakan. Bila tiada anggaran hasil, manifesto yang … Read More