Thursday, 7 July 2016

Pelajar Mara Diberi Amaran Jangan Terlibat Dengan Kegiatan Militan - Anuar Musa




KOTA BAHARU - Penuntut di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pelajar tajaannya di dalam dan luar negara diberi amaran supaya tidak terlibat dengan kegiatan militan dan mengancam keselamatan negara.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata pelajar yang terbukti melibatkan diri dengan anasir yang bersifat mengancam keselamatan negara akan ditamatkan kontrak termasuk tajaan, dengan serta merta.

"Pelajar tajaan Mara di luar negara tidak dibenarkan melibatkan diri dalam persatuan yang tidak diiktiraf oleh kedutaan Malaysia, pihak Mara atau universiti berkenaan, dalam Malaysia pun sama.


-Bernama

Related Posts: