Wednesday, 27 July 2016

Pakatan Harapan Sudah Tidak Seiring Bila DAP Bersama PAN Hentam PKR


Krisis Pakatan Harapan semakin bergolak apabila PAN bertindak mempertahankan DAP dan turut menghentam PKR dalam isu pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Pengarah Strategi PAN, Khalid Abdul Samad berkata PKR sepatutnya memikirkan cadangan perlaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam skop yang lebih meluas, bukan hanya memikirkan keuntungan parti sendiri.

“Sepatutnya kita gunakan PRN ini untuk bersatu, tapi malangnya ada pihak yang menggunakan PRN ini untuk berpecah.

“PKR sepatutnya tidak boleh fikir keuntungan untuk parti dia sahaja, tapi kena fikir keuntungan untuk Pakatan Harapan,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan PKR yang menolak cadangan DAP yang ingin melaksanakan PRN Pulau Pinang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata pihaknya tidak melihat sebarang keperluan untuk melaksanakan PRN.

Mengulas lanjut, Khalid berkata PAN bagaimanapun menyokong jika PRN diadakan.

Katanya ia adalah satu langkah ke hadapan bagi parti itu diperkenalkan di Pulau Pinang sekaligus meletakkan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

“Pada kita PRN ini memberi keuntungan kepada PAN, begitu juga dengan DAP, tapi tidak kepada PKR.

“Mungkin sebab PKR takut akan kehilangan kerusi DUN sebab itu mereka sibuk untuk mengajak PAS dan beberapa parti lain untuk duduk dalam satu gabungan.dia tak cukup dengan Pakatan Harapan.

“Biarpun sampai saat terakhir pun mereka tetap cuba mengajak,” ujarnya.


Related Posts: