Thursday, 22 June 2017

Musuh UMNO Serang Rosmah Sebagai Korban Politik Untuk Cari Populariti


Belum terbukti bersalah apatah lagi wujud skandal melibatkan salahlaku daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sudahpun menjadi mangsa serangan politik pembangkang menuduhnya mencuri wang 1MDB.
Musuh UMNO terus menjadikan Rosmah sebagai korban politik walaupun DoJ sendiri belum mengesahkan saman sivil berdasarkan khabar angin itu adalah benar.
 "Apabila perkara tidak sahih bermakna masih tidak benar, jadi kenapa perkara yang tidak benar hendak dicanang, ini perbuatan jahat dan berunsur fitnah.
"Ini sebahagian daripada fitnah pembangkang dan musuh politik UMNO, mereka menjadikan isteri Perdana Menteri sebagai korban untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi pilihan rakyat,
DoJ  Amerika Syarikat menerusi perenggan akhir tuntutan saman  bagi melucuthak barangan dimiliki individu didakwa berkaithubung dengan 1MDB berdasarkan tuduhan semata-mata dan tiada bukti.
"Aduan pelucutan sivil adalah semata-mata dakwaan bahawa wang atau harta  tersebut terlibat dalam atau mewakili hasil kutipan jenayah. Tuduhan ini tidak  terbukti sehingga penghakiman membuat keputusan mahkamah memihak kepada Amerika  Syarikat," tulis DoJ di perenggan akhir saman berkenaan.
fb Tiada Bukti! DoJ Mengaku Saman Sivil Berkait 1MDB Berdasarkan Khabar Angin Semata-Mata
Selaku rakyat Malaysia yang menyanjungi prinsip demokrasi, bahawa Rosmah juga berhak mendapat keadilan dan keupayaan mempertahankan kedudukannya.
"Dari segi perundangan, isteri Perdana Menteri tidak dibukti bersalah, jadi mengapa dikaitkan dalam isu tersebut, ini menunjukkan ada cubaan jahat untuk merosakkan nama baik beliau,
Pembangkang terutama Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga secara terbuka menuduh Rosmah mencuri dana tersebut walaupun DoJ menerusi saman setebal 251 muka surat langsung tidak menyebut nama isteri kepada Perdana Menteri itu.
"Dalam isu ini, nama Rosmah termasuk Najib tidak disenaraikan dalam dokumen tersebut, ini bermakna mereka tidak tertakluk kepada siasatan Amerika Syarikat, ianya sekadar andaian yang meragukan," katanya lagi.