Sunday, 17 July 2016

DAP Parti Bohong Kuat Isu Dana Jaminan Lim Guan Eng Belum Terjawab Rakyat Patut Tahu



DAP terus mahu menutup kesalahan yang mereka lakukan untuk pengetahuan rakyat, Kesalahan dan kezaliman  DAP terus  ditutup oleh mereka yang ada didalam DAP sendiri.
Walaupun menurut kenyataan  Setiausaha Organisasi DAP, 

Anthony Loke memberi alasan penderma tidak mempersoalkan tujuan wang tersebut digunakanmemandangkan mereka sudah berkali-kali menderma kepada parti tersebut.
Tetapi untuk memperlihatkan ketelusan yang dikatakan menjadi amalan DAP seharusnya rakyat berhak bertanya  dimanakah sumber  wang tersebut  diterima. Rakyat tidak mahu tahu kebimbangan penderma akan tetapi rakyat mahu tahu siapakah penderma tersebut?

Adakah ianya datangnya dari derma RM1.2 Israel yang dibongkarkan oleh  bekas ahli DAP sendiri.
“Mereka yang menderma mempunyai keyakinan pada DAP kerana mereka telah menderma kepada DAP sebelum ini” -Roketkini

Melalui pengakuan ayat yang dibeluarkan oleh Anthony Loke seakan ianya berkaitan dengan  urusan derma RM1.2billion Israel, Ayat “sebelum ini”  mempunyai berbagai maksud dan ianya membayangkan  penderma yang besar dan berkemampuan dan telah menyumbang sebelum ini.
Jika ayat “sebelum ini”  sebagaimana dikatakan oleh Anthony Loke , rata-rata didalam pemikiran rakyat sekarang ialah penderma yang menjadi desakan rakyat terhadap DAP agar diberikan penjelasan ialah penerimaan wang derma dari Israel sebanyak RM1.2 billion oleh DAP?
Derma RM1.2billion yang diterima oleh DAP dari dana Israel adalah bertujuan politik  dan Anthony Loke mengakuinya dengan mengeluarkan kenyataan,

“Mereka tahu DAP menggunakan (wang) untuk tujuan politik,” dan jika kita kombinasikan ayat “sebelum ini” dan“mereka tahu” bermaksud dana tersebut semenangnya telah tersedia. Sememangnya telah ada didalam simpanan.
Kutipan derma yang dilancarkan oleh DAP dengan  wang pembayaran jaminan Guan Eng adalah dari dua sumber yang berlainan, Salah satu daripadanya ialah  dari wang derma politik dan salah satunya ialah dari sumber orang ramai.

Dalam kenyataan Anthony Loke didalam Roketkini menerangkan bahawa DAP melancarkan kutipan derma  untuk tujuan sama.
Ayat “tujuan sama” secara jelas  bahawa  terdapatnya sumber yang berlainan  iaitu salah satu daripadanya ialah sumber dana politik mungkin dari dana RM1.2 Israel dan satu lagi ialah sumbangan orang ramai.

Dengan demikian, amat jelas sekali bahawa sumbangan orang ramai yang berjaya dikutip ialah RM1.85 juta adalah dari orang ramai dan RM1 juta adalah dari sumber dana politik. DAP mesti terangkan  siapakah penderma dana politik tersebut.

“DAP hari ini juga melancarkan kutipan derma seluruh negara bagi Guan Eng walaupun wang ikat jamin sudah dibayar, malah mereka sudah mengutip sebanyak RM1.85 juta untuk tujuan sama.”- Roketkini
Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban itu juga mencipta alasan mengatakan baki wang derma tersebut juga akan digunakan untuk membantu mangsa pendakwaan politik adalah ayat untuk menghilangkan isu berkaitan siapakah penderma yang  menjadi pertanyaan rakyat sekarang.
Loke dalam kenyataannya di Roketkini telah mengeluarkan kenyataan berbelit-belit untuk melindungi penderma yang dimaksudkan dan agar ianya bukan isu untuk diterangkan kepada rakyat.

Ayat  “sebelum ini” “tujuan sama” “ mereka tahu” “sudah berkali kali menderma” adalah  membuktikan bahawa pembayaran wang jaminan RM1 juta Guan Eng bukan dari kutipan dari rakyat.

Amat jelas  dalam kenyataan ini bahawa terdapatnya sumbangan dana politik sedia ada untuk membayar wang jaminan tersebut dan bukan dari derma orang ramai.
DAP Pulau Pinang telah melancarkan kempen mengumpul derma selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu ditahan dan didakwa atas dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 1 Julai.

Sebelum ini, parti itu telah mencairkan dana sendiri bagi membayar wang jaminan Guan Eng. Apakah bentuk aset yang dicairkan oleh DAP yang bernilai sebanyak itu untuk menjamin Guan Eng?  Rakyat mahu tahu adakah ianya dalam bentuk hartanah, dimanakah hartanah tersebut, siapakah pembelinya?
DAP mesti memberikan keterangan  dari manakah sumber dana yang diterima  untuk menjamin Guan Eng?
Persoalannya sekarang DAP telah berbohong kepada rakyat berkaitan dengan isu derma  wang jaminan yang dikatakan dari dana politik, 
 orang ramai dan mencairkan aset.  Jelas dan amat jelas bahawa DAP berbohong pada rakyat dan mengeluarkan tiga kenyataan yang berlainan dalam isu wang jaminan Guan Eng.

Related Posts: