Tuesday, 23 April 2019

Usaha Memburukkan Najib Telah Membuka Kebaikkan Najib Untuk Rakyat


Saksi ke-12, seorang balu kpd  bekas setiausaha sulit kpd Datuk Seri Najib Razak  menerima 3 keping cek berjumlah RM52, 680

Suaminya meninggal pd Jun 2013 akibat kanser usus tahap 4. 

Ketika datang melawat di Pusat Perubatan Prince Court KL, Datuk Seri ada berjanji utk membantu membiayai pendidikan anak-anak mereka sekiranya sesuatu terjadi kpd suaminya

"Setahu saya tak ada aku- janji, tetapi Datuk Seri tetap memegang janjinya dan tetap membantu," kata beliau

Saksi ke-11 pula mengesahkan menerima cek RM400,000 utk disalurkan kpd Rumah Penyayang Tun Abdul Razak 

Dana itu digunakan utk pembayaran gaji,  makanan, pengangkutan budak sekolah,  perbelanjaan asrama, pakaian, makanan anak-anak yatim, pembelian buku sekolah"

Saksi ke-8 mengatakan tangki air lama di rumah Datuk Seri di Seri Kenangan, Pekan sudah rosak, dah repair 4 kali, tapi masih juga rosak.

Antara yang menggunakan kemudahan tersebut ialah pengunjung program anak yatim.

Minggu lepas pula, Saksi ke-7, berkata penukaran tangki dibuat selepas Syabas memberitahu akan ada gangguan bekalan air yg kerap di Jalan Langgak Duta 

Anggaran air yg akan digunakan utk 20 orang  dibuat berdasarkan jumlah penghuni rumah termasuk tetamu  seperti pelajar tahfiz. Rupa-rupanya pelajar-pelajar tahfiz selalu datang dan mengadakan majlis bacaan  Yasin beberapa kali dlm seminggu.

Kelmarin, di luar mahkamah, saudara Aizat si bekas pegawai SPAD pula datang berjumpa Najib memohon maaf.

"Tak mengapa, saya tak pernah simpan dlm hati"

Menyedari mungkin lebih ramai di luar sana yg terjejas, Datuk Seri hanya mampu mengungkapkan kerisauan. Beliau susah hati mendengar semua cerita seperti saudara Aizat

Siapa sangka, semasa krjaan PH mahu menuduh Datuk Seri sbgai pencuri tapi terdedah pula wajah sebenar Datuk Seri... seorang yg sentiasa berjariah.

 Mereka merancang, Allah jua merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah yg terbaik.

- Syed Agil Jamalullai

Related Posts: