Saturday 7 May 2016

Tidak Rasmi: Adenan Satem Pertahan DUN Tanjung Datu Dengan Majoriti Besar



KUCHING – Ketuan Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan berjaya mengekalkan kemenangan di N.3 DUN Tanjung Datu dengan majoriti yang lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Adenan dilaporkan memperolehi 6,360 undi meninggalkan jauh pencabarnya dari PKR, Jazokipli Bin Numan yang hanya memperolehi 468 undi.

Adenan menang dengan majoriti 5,892 undi berbanding majoriti 3,216 undi yang diperolehinya pada PRN-10 2011 yang lalu.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi keseluruhan kerusi DUN setakat ini BN dilaporkan menang di 32 kerusi, DAP 2 kerusi dan PKR 2 kerusi.