Friday, 13 October 2017
Konsep Baharu KR1M 2.0 Bakal Lahirkan Usahawan Baru
By @MNA at 21:11:00
Terkini dan terbaik kepada orang ramai kini berpeluang menjadi usahawan peruncitan dengan menyertai program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 menerusi konsep baharu yang bakal dilancarkan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya tidak mengehadkan peluang berkenaan kepada satu pengendali sahaja sebagaimana sebelum ini.
Menurutnya, peluang itu diberi kepada mana-mana individu yang berkemampuan membuka kedai runcit.
Tidak salah untuk memberi peluang kepada koperasi sedia ada yang sudah memiliki sasaran pelanggan masing-masing tetapi konsep baharu KR1M 2.0 kali ini adalah memberi peluang sama rata kepada semua.
“Konsep baharu ini lebih terbuka, contohnya pengusaha stesen minyak atau peniaga kedai runcit sedia ada boleh menyertainya untuk menjual barang keperluan lebih murah kepada pelanggan mereka.
“Harga murah ini akan menjadi tarikan utama rakyat memilih kedai KR1M 2.0. Malah pihak kami sudah berbincang dengan beberapa syarikat seperti lampin pakai buang yang boleh memberi harga lebih murah di kedai berkenaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Citarasa Malaysia (PCM) 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama, di hari ini.
KR1M yang sebelum ini dikendali Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara sejak tahun 2011, ditutup pada September lalu.
Pada majlis itu, Hamzah turut melancarkan logo Transformasi Produk KPDNKK yang baharu diluluskan tiga bulan lalu sebagai penarafan produk berkualiti sekali gus mengelakkan penyalahgunaan logo.
“Penggunaan logo baharu itu juga memudahkan PKS untuk memasarkan barangan mereka kepada pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Aeon, Aeon Big dan Lulu,” katanya.
Related Posts:
Tiga Negeri Bawah Pembangkang Belum Tandatangani IBR(Ikrar Bebas Rasuah) Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas mem… Read More
Wan Azizah Dan Mahathir Dulu Musuh Terkini Teman Baik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi musuh ketat pembangkang amat diragui. B… Read More
13 Mei 1969 Sejarah Hitam Pembangkang Besar Kepala Pertikai Kuasa Peristiwa hitam tercatat dilipatan sejarah negara disebabkan oleh Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, tel… Read More
Malaysia Hebat 5 Projek Mega Setanding Negara Maju SERONOK bila tengok di kaca tv, bagaimana suasana moden di Jepun dengan kemajuan teknologi dan prasarana yang mesra penduduk dan canggih, sangat mengujakan! Malaysia? Jangan terkejut kalau kami katakan bahawa Malaysia bak… Read More
Keharmonian Antara Agama Penting Demi Masa Depan Negara - Najib Masa depan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan sosial berterusan, yang pada masa sama, memerlukan keharmonian antara agama dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beli… Read More