LONDON - Dalam semua ucapan dan penjelasan beliau kepada tetamu dan juga para peserta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah gagal menekankan bahawa apa yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan kita berada di landasan untuk mencapainya.
Itu telah menjadi matlamat utama Wawasan 2020 dan Program Transformasi Negara (NTP) dirangka bagi memastikan sasaran tersebut tercapai.
Jaminan diberikan tentang perlunya untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi, membangunkan kemahiran dan tenaga kerja dan melakukan apa sahaja yang mungkin meskipun berdepan cabaran untuk melakukan peningkatan besar itu.
Dan lawatan kerja Najib dari 13-18 Mei ke United Kingdom (UK) dianggap sebagai berhasil dengan kehadiran ramai orang kenamaan dan para pelabur ke acara-acara yang dianjurkan, yang mana mereka mahu mendengar sendiri kisah kejayaan Malaysia dan ekonominya.
Para delegasi malahan dapat bertemu dengan Setiausaha Agung Komanwel yang julung-julung kalinya seorang wanita dan Datuk Bandar London pertama yang beragama Islam.
Marlborough House yang menjadi ibu pejabat Sekretariat Komanwel sesak dengan orang ramai yang menghadiri acara Malaysia-UK Investor Showcase, yang teruja untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini.
Acara itu dihoskan bersama oleh Majlis Perniagaan UK-ASEAN, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Commonwealth Enterprise and Investment Council (CWEIC).
Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland, pengerusi CWEIC dan bekas Menteri Konservatif Lord Jonathan Marland serta Menteri Negara bagi Perdagangan dan Pelaburan Lord Price berada di sana untuk memberikan pandangan mereka mengenai Malaysia dan hubungannya dengan UK dan dalam Komanwel.
Seperti yang dikatakan Scotland, keutamaan beliau sebagai setiausaha agung adalah untuk 'mengembalikan semula kekayaan kepada Komanwel', yang mana ia menyediakan potensi besar yang belum dimanfaatkan dalam Komanwel, dengan peluang besar menanti pelabur Malaysia di UK dan bekas-bekas jajahannya.
Dan terdapat saat-saat yang membanggakan bagi Malaysia apabila projek Battersea disebut oleh orang-orang kenamaan UK sebagai contoh utama bagaimana pelabur Malaysia membantu merancakkan semula kawasan yang terbiar di London itu.
Dan kini satu lagi mercu tanda bakal muncul dengan projek-projek oleh EcoWorld International, menambah kepada hartanah lain yang dimiliki entiti kerajaan dan syarikat-syarikat Malaysia seperti KWSP, FELDA dan Sime Darby.
Kegembiraan jelas tergambar pada pelancaran pejabat serantau Khazanah Europe Investment Ltd (KEIL) di aras 22 The Shard, simbol ikonik baharu di London.
Kehadiran Datuk Bandar baharu London Sadiq Khan, yang sudi meluangkan masanya sebentar untuk berada di situ walaupun sibuk dengan jadual yang padat memberikan bayangan bahawa terdapat prospek yang menarik menanti.
Namun ia bukan semata-mata tentang London, kerana terdapat juga peluang di seluruh UK, seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Negara bagi Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran Sajid Javid, yang turut berada pada majlis pembukaan KEIL, yang mana ia turut ditekankan oleh Lord Price dalam ucapan alu-aluannya pada majlis itu.

- BERNAMA